Jumaat, 10 Disember 2010

GENERASI ISLAM KITA SEMAKIN ROSAK

Adakah generasi islam kita terutama kaum remaja islam kita semakin rosak dan jauh dari pegang islam yang sebenar? Cuba kita lihat disekeliling kita. Remaja semakin tidak menghormati ibubapa. Gejala sosial yang semakin berleluasa. Berzina, buang anak, merempit, dadah, hidu gam, ganja, pelacuran kelas atasan dan pelbagai lagi. Lihatlah links di bawah bagaimana generasi kita hari ini menghina ibadah puasa dan agama Islam yang kita cintai. Tidakkah mereka menghina Allah?






apakah ini yang kita banggakan?



Di manakah peranan institusi islam kita yang sebenarnya. Di manakah tokoh2 agama kita, imam2 muda kita dan mereka yang cerdik pandai. Apakah tugas mereka sekarang ini sebenarnya. Mengapa gejala sosial semakin berleluasa seolah sedang berusaha meruntuh institusi agama islam yang terbina sekian lama. Islam itu indah. Islam itu sejahtera. 

Tapi adakah ini yang diingini oleh pemerintah kita? kita semakin menuju kehancuran jika apa yang diperintahkan Allah di dalam Al-Quran tidak kita laksanakan. Al-Quran hanya dipandang sebagai kitab sedangkan ia adalah" Petunjuk" untuk kesejahteraan dan keselamatan manusia di dunia dan akhirat.

adakah kita semakin berani menghadapi azab allah dan amaran-amaranNya?





adakah ini yang kita banggakan .. Malaysia Boleh !!!

Fikir-fikirkanlah bila ajal datang ia tidak bertangguh. Adakah kita berani menghadapi maut? Adakah kita fikir kita antara yang tergolong dalam golongan yang mendapat Syafaat Rasulullah saw sedangkan kita langsung tidak mengingatinya, apatah lagi mengingati kepayahan perjuangannya. Apakah dan dimanakan islam dan iman kita yang boleh kita banggakan dan menyangka yang kita akan masuk syurga Allah?

Kita langsung lupa yang kepayahan dan pengorbanan Rasulullah saw satu ketika dulu adalah titik tolak kepada kesenangan kita pada hari ini.

Apakah kita bersedia untuk menjejakkan diri ke dalam neraka Allah ? Merasai sakit di dunia pon kita sudah mengeluh .. bagaimana dengan neraka Allah. Astagfirullah ...





apakah ini budaya kita atau ia budaya rakyat Malaysia atau ia budaya islam. Takutlah kita pada azabNya. Apakah kita tidak pernah sedar dengan balasan yang Allah turunkan ke atas umat manusia terdahulu? Adakah kita terlalu berani menghadapinya? Kemudian apa peranan kita? Lihatlah anak-anak kita .. hendakkah kita biarkan mereka mengikut arus dunia yang dikatakan semakin canggih dan moden ini walhal semakin rosak ini?

Kembalilah pada Al-Quran, kembalilah kepada islam yang sebenar, kembalilah kepada ajaran islam yang di bawa oleh Rasulullah saw., takutlah pada azabNya, takutlah pada amaran-amaranNya, takutlah pada hari Akhirat, takutlah pada Allah .. tuhan yang sebenar-benarNya.

Astagfirullahal adzimmmmmm ...





"Sebaik-baik kehidupan adalah yang tidak menguasaimu dan tidak pula mengalihkan perhatianmu dari mengingati Allah SWT" - Imam Ali bin Abi Thalib

Tiada ulasan:

SHEIKH MUHAMMAD ALI AL-SABUNI : 3 SEBAB NEGARA SYIRIA LEBIH DIUTAMAKAN DARI PALESTINE UNTUK JIHAD

ISU SEBENAR YANG BERLAKU DI SYRIA  Isu sebenar yg berlaku di Syiria.. kedatangan Ulama' Sunnah Syiria, Sheikh Muhammad Ali al-Sabuni di...