Jumaat, 10 Disember 2010

FREEMASON ORGANISASI ANTARABANGSA YAHUDI



Freemasonry adalah organisasi Yahudi International, sekaligus merupakan sebuah gerakan rahsia yang paling besar dan paling berpengaruh di dunia. Freemasonry terdiri daripada dua kata yang di satukan. Free bermaksud bebas atau merdeka, manakala Mason pula bererti adalah juru bangun atau pembangun.

Tujuan akhir gerakan Freemason ini adalah untuk membangunkan kembali cita-cita khayalan mereka, yakni mendirikan Haikal Sulaiman atau Solomon Temple.


Berkaitan dengan Haikal Sulaiman atau Solomon Temple ini sendiri, banyak sumber yang memberikan definisi yang berbeza. Salah satu tafsiran yang paling terkenal adalah, Haikal Sulaiman dikatakan berada di bawah tanah yang kini di atasnya adalah Masjidil Aqsa.
Mereka yakin, pada tahun 1012 Sebelum Masihi (SM), Nabi Sulaiman as telah membangunkan Haikal di atas Gunung Soraya di wilayah Palestin. Tetapi pada tahun 586 SM, Raja Nebukhadnezar dari Babilonia menghancurkan Haikal Sulaiman ini. Tahun 533 SM, bangunan ini didirikan kembali oleh seorang bernama Zulbabil yang telah bebas dari tawanan Babilonia. Atas pembebasannya itulah, dia telah membangun kembali Haikal Sulaiman.
Pada tahun ke 70 M, seorang penguasa Romawi telah menakluki Palestin dan telah membakar serta menghancurkan Haikal Sulaiman ini. Kerosakan berterusan ini dialami setelah penyerbuan Bangsa Hadriyan. Begitu pula sewaktu kekuasaan orang Islam, dikatakan kononnya Haikal Sulaiman telah di hancurkan dan sebagai gantinya telah didirikan Masjidil Aqsa pada abad ke-7.
Tapi tafsiran lain tentang hal ini juga mengatakan, Haikal Sulaiman adalah sebuah wilayah kekuasan yang sangat luas. Bahkan hingga ke wilayah Khaibar, saat dimana kaum Yahudi diusir di zaman Rasulullah Muhammad. Oleh sebab itulah, mereka yakin bahawa mereka harus menguasai seluruh dunia, bahkan hingga tanah Khaibar, tempat dimana mereka telah diusir dahulu karana pengkhianatan mereka pada Rasulullah SAW dan piagam Madinah.
Dan untuk itulah mereka berusaha untuk mengambil semula Haikal Sulaiman dan mendirikan kekuasannya secara nyata, serta mempengaruhi pemerintahan dan kekuasan yang mampu mereka pengaruhi (seperti negara Eropah, USA dan beberapa negara Islam-liberal). Dan untuk menyebarkan kekuasaan itu, salah satu rintangan besar yang dihadapi oleh gerakan ini adalah agama-agama, terutama agama Samawi atau agama-agama wahyu, Islam dan Kristian.
Sebelum kaum Muslimin sedar tentang 'bahayanya' gerakan Freemason, tentangan terhadap organisasi ini terlebih dulu dilakukan oleh kalangan pemimpin gereja. Tentangan daripada gereja Katholik ini terjadi karana Freemason telah menjadi organisasi tempat berkumpulnya golongan yang anti-agama.
Dalam sebuah artikel berjudul The Earlier Period Of Freemasonry dari Turki, Freemason disebut sebagai tempat berkumpul para anggota Mason yang mencari kebenaran di luar gereja. Dan ini menjadikan awal abad-18 sebagai tahun-tahun yang penuh pertarungan antara gereja Katholik dengan Freemason di Eropah.
Sejak awal kewujudannya, Fremason telah menyokong kebebasan beragama, sama seperti apa yang terjadi kebelakangan ini di kebanyakan negara, liberalisasi agama (termasuk Malaysia).
Freemason berpusat di England secara rasmi pada tahun 1717. Tapi nampaknya, sebelum tahun itu pun, Freemasonry telah bergerak aktif. Bahkan sejak abad sebelumnya. Pada 20 Mei 1641, seorang keluarga kerajaan British, Robert Moray diiktiraf sebagai anggota cabang Freemason.

Nama lain yang juga tercatat sebagai anggota Freemason sebelum tahun 1717 adalah Elias Ashmole yang telah tercatat sebagai anggota Freemasonry di Lanchasire pada 16 Oktober 1646. Dia juga salah seorang dari kalangan keluarga diraja.
Berdasarkan catatan di atas, kesimpulan yang boleh dibuat adalah, tahun 1717 hanya tahun 'pemantapan' sahaja, daripada semua tahap yang telah dilakukan oleh gerakan Freemson. Tahun ini dijadikan sebagai tahun pengembangan untuk melakukan dan mengukuhkan pengaruh mereka di seluruh dunia.
Tahun 1717 ini telah dijadikan sebagai tonggak bagi Freemason untuk memulakan perangnya yang sangat panjang kepada umat beragama dan kepada agama itu sendiri. Seorang ketua gereja Protestan di London yang bernama Anderson dan berdarah Yahudi menjadi tulang belakang gerakan ini pada 24 Jun 1717.

Banyak sumber Freemason yang menjelaskan bahawa sejarah kewujudan gerakan ini berakar umbi sejak 'Ordo Knight of Templar' ketika perang Salib di Jerusalem, Palestin. Ketika Paus Urbanus II, 1095, Majlis Clermont menyeru Perang Suci atau Crusade dan mengerahkan orang Kristian di seluruh Eropah untuk turut berperang merampas Jerusalem dari kekuasaan orang Islam.
Paus Urbanus II membakar emosi rakyat Eropah ketika itu dengan cara mennyebarkan berita palsu. Ia mengatakan bahawa umat Kristian di Palestin telah dibunuh, dibakar di dalam gereja-gereja oleh tentera Turki yang Muslim. Berita yang menyemarakkan lagi api kemarahan orang Kristian ialah, dikatakan bahawa kaum kafir (Muslim Turki) telah dan sedang menguasai makam Yesus.
Paus UrbanusII menyerukan agar seluruh pertikaian yang terjadi selama ini antara pengganut dan kesatria Kristian perlu ditamatkan, karana ada musuh yang lebih berbahaya dan harus segera dihancurkan iaitu Islam dan umatnya.
Paus juga menyogok orang Eropah ketika itu, dengan dakwaan bahawa sesiapa yang turun ke medan perang akan dibebaskan daripada seluruh dosa dan akan dijamin masuk ke Syurga. Hasilnya, ribuan orang Kristian telah berangkat menuju ke Palestin dengan penuh kemarahan. Setibanya mereka di sana, terjadi perang besar antara tentera Islam dan tentera Kristian.

Tentera-tentera berperang dengan motivasi untuk mendapatkan emas dan permata, dan juga banyak para kesatria Perancis dikatakan telah membelah perut musuh-mush mereka. Mereka mencari emas atau permata yang kemungkinan di telan penduduk Palestin sebagai cara untuk menyelamatkan harta.

Tiada ulasan:

SHEIKH MUHAMMAD ALI AL-SABUNI : 3 SEBAB NEGARA SYIRIA LEBIH DIUTAMAKAN DARI PALESTINE UNTUK JIHAD

ISU SEBENAR YANG BERLAKU DI SYRIA  Isu sebenar yg berlaku di Syiria.. kedatangan Ulama' Sunnah Syiria, Sheikh Muhammad Ali al-Sabuni di...