Ahad, 28 Oktober 2012

37 SEBAB MENGAPA WANITA PERLU KEKAL DARA SEBELUM AKAD DISAMBUT NIKAH

Assalamualaikum.


Aku ni bukanlah kuat agama sangat tetapi memandangkan isu zina ini berkaitan dengan perkara perkara yang termasuk dalam lingkungan minat aku iaitu kriminologi, islam, etika dan sosiologi serta sudah ramai orang yang rapat dengan aku seperti kawan, saudara mara dan jiran yang terlibat dengan gejala sosial yang tidak bermaruah ini, jadi aku berasa terpanggil untuk melaksanakan amar makruf nahi munkar iaitu dengan berusaha mengurangkan kegiatan zina ini. Tetapi pada hari ini, penulisan aku akan hanya memfokuskan kepada golongan wanita. Di bawah ini aku senaraikan 37 perkara yang perlu wanita fikirkan masak masak jika terdetik kata hati ingin berzina.



€ Ketika berzina
I) Zina adalah satu perbuatan yang mungkar yang menyebabkan engkau mendapat dosa besar. Allah murka dan engkau akan dimasukkan kedalam neraka. Sedap.

II) Seiring dengan status zina yang merupakan satu perbuatan maksiat maka pelaku zina ini terpaksalah bersetubuh di dalam belukar, bangunan terbiar dan hutan.
Sumpah, tak selesa! Pasangan yang halal berdua duaan di atas tilam empuk, engkau pula digigit nyamuk dalam kegelapan. Kena patuk ular baru tahu padan muka.

III) Dan oleh kerana engkau takut terkantoi, maka terpaksalah buat cepat cepat. Orang lain buat sampai 30 minit, engkau pula setakat 5 minit sahaja. Tak terasa kenikmatannya. Lagi baik tunggu kahwin. Nak tunggang terbalik pun boleh.

IV) Nama pun zina. Benda salah! Jadi ada kemungkinan engkau akan ditangkap. Engkau ingat sedap kena tangkap dan disoal pelbagai soalan menakutkan daripada pencegah maksiat tu?

V) Bila dah ditangkap, terpaksa la bayar ribuan ringgit atau dipenjara. Menurut Seksyen 61 (1) Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992, seseorang yang disabitkan bersalah berzina akan dikenakan ''...hukuman denda tidak melebihi RM3000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya.'' Cuba engkau fikirkan, daripada engkau menghabiskan ribuan ringgit bayar pada kerajaan dan menghabiskan mara berharga mereput dalam penjara, lebih baik engkau gunakan duit itu untuk perkahwinan yang mudah dan halal.

VI) Bila dah ditangkap, memang malu la dengan orang kampung. Mulut mereka pula caj Janda Anak Tujuh maka pandai pandailah engkau sumbat telinga tu dengan kuali Astro.

VII) Seperti yang aku cakapkan tadi, orang yang berzina ni terpaksa bergesa gesa maka kekasaran kadangkala dilakukan si lelaki terhadap si perempuan. Sampai terkengkang kengkang perempuan tu berjalan. Buat apa sakitkan diri?

VIII) Yang lebih epik apabila Allah takdirkan 'adik' si lelaki melekat dalam saluran vagina engkau. Dalam istilah sains, ianya disebut sebagai Penis Captivus. Dalam sesetengah kes, pasangan yang melekat ini terpaksa dibawa ke hospital untuk dipisahkan walaupun 'adik' si lelaki tadi sudah mengecut. Tak malu ke dengan doktor dan jururawat yang ada disitu nanti?

€ Selepas berzina 
IX) Percayalah kata aku wahai perempuan bahawa engkau tidak akan lena tidur malam kerana risau akan mengandung. Dan hal ini bukan untuk sehari dua saja tetapi kadangkala berlarutan sehingga dua tiga minggu. Semua kerja tak jadi sempurna kerana risau. Jadi, buat apa nak sakitkan kepala?

X) Oleh kerana perangai pasangan engkau tak berapa senonoh, jadi besar kemungkinan dia mempunyai Sexually-Transmitted Diseases (STD) dan telah menyebarkannya kepada engkau ketika sedang gembira bermaksiat. Contoh contoh STD ini adalah seperti chlamydia, gonorrhoea, Genital warts, HIV, sifilis, vaginitis, human papillomavris dan trichomoniasis. Ketika aku menyelongkar internet untuk dijadikan bahan tulisan aku ini, aku terasa nak muntah tengok kemaluan perempuan yang dijangkiti penyakit penyakit yang disebutkan bernanah, berdarah dan berwarna hitam. Jijik sangat! Mesti busuk baunya. Engkau nak jadi macam itu?

XI) Kadangkala bila lelaki itu dah dapat apa yang dia inginkan maka dia tinggalkan terus perempuan yang dia tiduri. Ala-ala one-night stand. Meranalah hidup engkau.



€ Jika mengandung 
XII) Bila dah berbenih, maka engkau pun terpaksalah tipu mak bapak untuk mengelakkan tembelang pecah. Kalau aku jadi engkau pun aku buat macam tu agaknya. Menipu kononnya ada penyakit misteri lah, buatan orang lah, dikacau jinlah. Dan dapat lagi satu dosa : menipu. Semakin bertambah tempoh masa engkau di neraka.

XIII) Kawan dekat tempat kerja, sekolah dan kawasan kejiranan pun mulalah mengata. Engkau tahu tahu sahajalah kan yang berita baik tentang kita orang tak ambil peduli tapi benda busuk tentang kita, satu dunia orang nak gemparkan. Bukan kita sahaja yang sakit hati, ahli keluarga pun sama terpalit malu dan kesedihan.

XIV) Kalau yang bakal bergelar ibu itu budak sekolah, aku yakin 100% dia akan dibuang sekolah. Memalukan nama baik sekolah saja. Kehidupan pun makin bertambah malap bila pendidikan tiada.

XV) Tapi itu kira okey lagi. Kalau dihantarnya budak itu ke sekolah budak jahat macam mana? Terseksa hidup tanpa orang yang tersayang seperti ahli keluarga dan sahabat rapat di waktu paling mencabar. Tak ada tempat untuk mengadu nasib.

XVI) Kemungkinan besar kalau engkau beritahu si lelaki yang itu anak dia, dia tak akan mengaku. Dia akan kata, ''kalau engkau boleh tidur dengan aku tak mustahil engkau tidur dengan banyak jantan lain''. Terpaksa la engkau tanggung cacian seorang diri. Kalau aku jadi lelaki tu pun aku takkan mengaku agaknya kecuali ujian Deoxyribonucleic Acid (DNA) dijalankan untuk membuktikan itu anak aku.

XVII) Dan ada juga yang terfikir nak menggugurkan anak yang dikandung. Pemikiran salah ini kadang kala dizahirkan. Maka semakin berdosalah mereka.

XVIII) Perasaan sedih, kecewa dan tertekan kadangkala memaksa perempuan untuk membunuh diri. Maka, semakin bertambah dosa yang dilakukan. Abu Hurairah R.A. meriwayatkan dari Nabi SAW maksudnya : ''Sesiapa yang terjun dari bukit membunuh dirinya, dia akan terjun ke dalam neraka jahanam kekal didalamnya selama-lamanya. Sesiapa yang meminum racun membunuh diri, racun itu akan berada didalam genggamannya, dia akan menghirup racun itu di dalam neraka jahanam kekal di dalamnya selama lamanya. Siapa yang membunuh dirinya dengan besi, maka besi itu akan berada di dalam genggamannya, dia akan menikamkannya di perutnya di dalam neraka jahanam, kekal di dalamnya selama lamanya. (Hadis riwayat al-bukhari dan muslim)


Bayi yang tidak berdosa menjadi mangsa :(
Contoh rumah usang yang barangkali menjadi tempat melahirkan anak?
*Gambar sekadar hiasan

€ Semasa bayi luar nikah lahir 
XIX) Untuk mengelakkan orang ramai terutamanya ahli keluarga tahu yang benih disemai ingin menetas maka engkau terpaksalah beranak di dalam tandas atau semak. Mesti terseksa betul tak ada bidan yang membantu, ubat untuk digunakan dan orang tersayang disisi. Semasa bermaksiat gembira berdua, ketika melahirkan anak, berseorangan kesakitan. Sedihnya.

XX) Ada pula tu emak bapak yang tak mengaku engkau sebagai anak mereka lepas apa yang terjadi. Lebih dramatik bila mereka campak kain baju engkau suruh engkau berambus. Dah lah tengah sakit, kena halau pula tu.

XXI) Tapi itu tak sedramatik babak ayah engkau nak bunuh engkau guna parang. Cuba bayangkan kalau tak ada siapa pun yang nak tenangkan ayah kau? Pasal engkau dan pasangan engkau, ayah engkau bakal jadi pembunuh.

XXII) Dan bila dah lahir anak engkau ini, makin banyaklah stok umpatan orang kampung. Mereka akan kutuk sampai engkau rasa tak nak keluar dari rumah sampai mati.

XXIII) Dan bila dah tertekan sangat tahap menonggeng, itu yang jadi kes buang bayi tu. Dicampaknya bayi lemah tidak bermaya itu ke dalam longkang, tepi jalan dan tandas masjid. Dah dapat lagi satu dosa. Sepatutnya anugerah Allah itu dipelihara dengan baik. Bukan semua orang bernasib baik dikurniakan Allah dengan cahayamata.

Nuffnang Ads


XXIV) Ada tiga kemungkinan terbesar yang mungkin berlaku terhadap bayi yang dibuang itu. Pertama, jika yang menjumpai bayi itu terlebih dahulu adalah binatang karnivor atau pembangkai seperti anjing atau biawak, maka ada kemungkinan sesetengah anggota badan bayi itu akan dimakan binatang binatang tersebut. Bau darah yang terdapat pada bayi yang baru lahir menarik kehadiran binatang binatang ini. Oleh sebab itu, kadang kala kita terdengar kes bayi dibuang dijumpai dengan tangan atau kakinya putus. Sedihnya dengar berita berita sebegitu.

XXV) Kemungkinan kedua, ada orang yang akan jumpa anak engkau itu dan serahkannya kepada polis. InsyaAllah, selamat bayi itu. Yang tak selamat itu engkau. Kertas siasatan akan dibuka dan sudah pastilah engkau gelabah gila itik. Katakanlah Allah takdirkan engkau berjaya ditangkap kerana membuang bayi, mereputlah engkau dalam tu. Dan derita engkau tak berakhir disitu. Aku pernah terdengar orang kata kononnya penjenayah yang dihukum kerana melakukan perbuatan keji terhadap kanak kanak seperti rogol atau liwat budak, dera dan buang bayi ini mendapat 'layanan istimewa' daripada banduan banduan lain. Mesti engkau tak sabar sabar kan?

XXVI) Dan kemungkinan ketiga, orang bukan islam yang jumpa budak itu dan dibesarkannya mengikut cara hidup orang kafir. Hancur musnah iman budak itu. Engkau sebagai ibu sedikit sebanyak bersalah terhadap cara hidup yang anak engkau lalui sekarang.

XXVII) Setahun dua lepas, berita tentang gejala bayi ni amat popular di media. Malahan, media antarabangsa juga melaporkan tentang gejala buang bayi di Malaysia. Orang bukan islam pun mulalah pandang hina pada kita sedangkan selama ini orang melayu selalu berlagak kononnya merekalah yang paling berbudi bahasa, bersopan santun, berpekerti mulia.

XXVIII) Kalau engkau tanam anak engkau yang telah mati kerana sebab sebab tertentu tanpa pengetahuan pihak berkuasa, engkau boleh didakwa kerana menyembunyikan kelahiran dan menyembunyikan kematian. Jika engkau tanam anak engkau hidup hidup (neonaticide), bukan sahaja engkau boleh didakwa dengan kedua dua pertuduhan yang telah dinyatakan diatas, malahan engkau boleh didakwa mengikut Akta 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dengan sengaja dan mempunyai niat. Dalam kedua dua senario, engkau akan menerima hukuman yang amat berat. Rasakan...

XXIX) Tapi perkara yang paling menyedihkan bagi engkau adalah hakikat bahawa engkau tidak lagi mempunyai peluang untuk membela, membelai, menyusukan, menemani anak yang engkau kandung dalam perut menteneng selama 9 bulan. Semestinya engkau akan berasa sedih, bersalah, menyesal dan asyik menangis ketika memikirkan.


Bayi yang kesunyian tanpa kasih sayang seorang ayah :(

€ Ketika anak itu membesar (jika engkau membesarkan anak itu) 
XXX) Dalam kes bapa dia lari dan engkau membesarkan anak itu seorang diri, sudah tentu anak itu akan rindu dekat ayahnya dan ingin belaian manja ayahnya. Dia akan asyik bertanya kepada engkau tentang ayahnya, dimana dia berada dan sebagainya sampai engkau tak tahu nak bagi alasan apa lagi pada anak engkau.

XXXI) Oleh kerana budak sekolah sekarang ni mulut tahap makan penyepak dan selalu pasang telinga ketika emak emak ada perjumpaan mengumpat maka mereka pun tahulah rahsia hitam anak engkau. Anak engkau akan diejek 'anak haram', 'emak kau perempuan murahan' dan sebagainya. Semakin sakit hati dan sedihlah hati anak itu yang sedia ada hancur.

XXXII) Engkau pun sakit hatilah tengok anak engkau yang tak berdosa diperlakukan sebegitu rupa sedangkan yang bersalah adalah engkau dan bekas pasangan engkau.

XXXIII) Anak anak ini apabila sakit hati, dia tidak akan melepaskan kebencian itu pada kawan kawannya itu. Sebaliknya, dia akan melepaskan kebencian pada engkau yang dianggapnya sebagai punca kepada segala perkara buruk yang berlaku pada dirinya. Jangan terperanjat jika anak sendiri panggil engkau sebagai 'perempuan jalang' atau 'pelacur'.

XXXIV) Anak mula memberontak, tak belajar, bertumbuk dan berkawan dengan budak budak bermasalah.

XXXV) Kadangkala kegiatan zina ini macam menjadi satu kitaran. Aku kenal satu keluarga ni (aku tak payah cakap siapa dan engkau tak perlu ambil tahu hal orang) dimana emaknya dulu pernah berzina. Sekarang ni, ketiga tiga anak perempuan dia pun berzina dan melahirkan anak luar nikah. Ini bukan berita bohong ya. Sesiapa yang rapat dengan keluarga aku kenallah siapa yang aku maksudkan ni. Persoalan yang timbul disini, adakah engkau mahu tindakan zina engkau ini dicontohi anak anak engkau, cucu cicit engkau dan warisan engkau yang seterusnya?

€ Semasa nak kahwin (jika lelaki yang engkau ingin kahwin adalah lelaki lain, engkau pula tiada anak dan dia beranggapan engkau masih dara) 
XXXVI) Dimalam pertama, apabila si lelaki perasan yang engkau tidak berdarah maka tahulah dia bahawa dara engkau telah dipecahkan lelaki lain. Pecah tembelang sudah. Bergaduhlah nampaknya.

XXXVII) Yang lagi teruk jika si suami ceraikan engkau malam itu juga kerana berasa tertipu. Alangkah sedihnya. Tak sempat pergi Pulau Jeju untuk bulan madu.

Nota :
1) Bukan semua yang aku senaraikan disini akan berlaku pada perempuan yang berzina. Tetapi selamat bagi aku katakan bahawa sekurang kurangnya 5 daripada 37 perkara ini akan berlaku pada mereka.

2. Aku memfokuskan post ini kepada golongan wanita bukan kerana aku merasakan perempuan yang bersalah atau menggatal. Sebab sebab yang sebenar adalah :-

i) Dalam kebanyakan hal ini, lelaki diklasifikasikan sebagai golongan penipu manakala perempuan adalah golongan yang ditipu. Lebih baik mengingatkan orang yang mudah tertipu.
ii) Perempuan menerima lebih banyak kesan berbanding lelaki. Merekalah yang mengandung, sakit, selalu dicerca dan sebagainya. Aku tak ada banyak idea nak ditulis pasal lelaki.
iii) Perempuan lebih minat membaca berbanding lelaki. .

Khamis, 11 Oktober 2012

MELAYU MASIH DEGIL PAKAI TUDUNG BERSAMA LEGGINGS



Kalau anda tidak percaya pada penulis..
Kononnya penulis membebel tanpa ilmu..
OK tak mengapa..!
Jika ada peluang...
Anda tanya Uztaz Azhar Idrus..
Apa hukum Muslimah pakai leggings ketat bila keluar rumah !

Penulis yakin 100% Ustaz Azhar sependapat dengan penulis..
Hukumnya HARAM !! BERDOSA BESAR !

Siapa Agaknya Yang Membenci Blog Ini ?


Berikut adalah antara kelompok manusia di Malaysia yang berkemungkinan besar memBENCI mesejanti-leggings yang dibawa blog leggingseksi.blogspot :
  1. Wanita yang sudah terbiasa pakai leggings (fesyen sendat sudah sebati dalam diri)
  2. Mak sendiri suka pakai leggings (marah orang kutuk mak dia)
  3. Seorang penjual atau pemborong leggings. (takut bisnes rugi)
  4. Seorang kaki tunjuk lawa ( Salah ke pakai ketat SEKSI untuk diri sendiri ?)
  5. Wanita ahli kelab senamrobik/yoga (selalu tak sempat tukar seluar yang elok, sebelum pergi ke supermarket)
  6. Seorang yang belajar agama tak cukup (Balut aurat dengan kain sendat pun dah kira tutup aurat katanya...)
  7. Seorang berjiwa seni terlampau (melihat konsep 'telanjang' itu dari sudut yang sangat abstrak)
  8. Wanita yang sudah biasa pakai skirt paras lutut ( pakai atau tak pakai leggings sama saja)
  9. Seorang wanita gila perhatian (bangga bila lelaki 'stim zakar' tengok bentuk body dia)
  10. Seorang pelacur (menggoda pelanggan lelaki dengan keseksian alur peha dan bontotnya)
  11. Seorang wanita yang sangat 'miskin' (tak ada duit beli seluar yang betul-betul)
  12. Pihak yang mahu fesyen berunsur maksiat terus dipakai berleluasa.

Awek Tudung Pakai Legging Mengganggu Pemandangan Di Stadium


Semangat kesukanan tu memang bagus la...tapi..
Ke stadium pakai seluar tight senamrobik@leggings ketat apakejadahnya..?
Sudahlah di stadium tu confirm ramai jantan-jantan belaka...!

Betis dan peha perempuan yang setakat DIBALUT spandex...
Bayangkanlah kelucahannya..!
Pasti ramai lelaki stim..

Mak Orang Pakai Seluar Sendat ? Apa Kata Suaminya ?


Penulis: Bang, saya nak tanya ni...

Abang Macho: Hah...tanyalah..apa dia..?

Penulis: Abang tak ada rasa apa-apa ke tengok isteri abang tu keluar pakai ketat-ketat ?

Abang Macho: Hoi...apa kau cakap ni..?

Penulis: Takdelah...itu bini abang kan..? Ketat dan sendat betul seluar isteri abang pakai ?
Kalau tak silap, itu leggings kan ?

Abang Macho: Leggings..?? Aku pun tak tahu nama seluar tu leggings..?

Penulis: Abang tak rasa takut ke lelaki-lelaki lain merenung ghairah bini abang pada bahagian
leggings ketat dia tu..? Pelik saya..?

Abang Macho: Buat apa nak takut ? Bini aku bukannya telanjang pun ??

Penulis: Memanglah dia tak telanjang secara nyata bang?....tetapi serupa telanjang...

Abang Macho: Bini aku tak salah apa-apa. Kau tu yang otak blue..!!

Penulis: (Whattt....?????)

Melayu Moden Anggap Leggings Tu Pakaian Tutup Aurat !



"...berpakaian tetapi keadaan seperti telanjang."

Leggings sifatnya meregang apabila dipakai, kemudian akan menjadi ketat lalu mengikut alur bentuk betis, peha hingga ke bontot awek itu..
Leggings sebenarnya fabrik yang sekadar membalut....
Maka Leggings mendedahkan kepada orang ramai keSeksi-Seksaan bentuk betis serta peha awek itu...dan yang paling kronik lagi ialah bentuk bontot beliau sendiri..

Namun, apa yang menariknya, sekarang makin ramai wanita Melayu tiada malumemakai Leggings di khalayak ramai....
.....termasuklah bini dan emak orang..!!

Fenomena Menayang Bontot Dengan Leggings



Words Of The Day

--butt wings

This is a distinct accumulation of fatty tissue on the outer thighs near the buttocks. Usually, when a woman begins to gain weight, the butt wings flare outward. This is not the same thing as fat thighs or a fat ass - it is the area of the anatomy where the buttocks and upper (rear) thighs meet. Butt wings occur on women in their 20s who neglect their bodies (ie. do not exercise or walk regularly) and are more common on American college campuses. Tights and leggings reveal butt wings that jeans or skirts might hide. Butt wings contribute to the pear shape of some women with large hips.

I thought that girl was hot until I noticed her butt wings.

I can't wear polyester pants because they don't hide my butt wings.

Nota: Anda paham ke apa yang dimaksudkan dengan butt wings tu..?

You Pilih Leggings, You Pilih Bangang ?

some_text

What.....???
I'm speechless now.
Let the magazine cover do the talking.

Emak Anda Pakai Legging. Apa Anda Rasa ?

some_text

Penulis hanya mampu berkata satu sahaja..
"Astaghfirullah...!"

Lepas Langsing, Tayang Leggings..


Dulu badan I tak cantik,
Potongan tak menarik..
So, I tak berani la nak pakai yang sendat-sendat..
Tapi, sekarang dah lain,
Badan I sudah langsing..
Rugi la I kalau tak cuba fesyen yang sendat-sendat tu..
Apa guna penat-penat pergi program kelangsingan..
Tapi, akhirnya nak pakai yang labuh dan longgar aje..?
Mesti la nak tunjuk pada orang kan..?
Bila pakai sendat-sendat baru la nampak body shape..


Respon: BODOHNYA..!!

Melayu Moden Cakap Pakai Leggings Lebih Baik Daripada Pakai Mini Skirt


Aku pernah baca komen seorang hamba Allah pasal leggings ni..
Dia cakap...
Janganlah kutuk-kutuk sangat orang yang pakai leggings ni. Takde lah teruk mana pun..! Kira OK lah dia pakai leggings daripada dia pakai mini skirt....itu baru teruk...
Oh ! Macam-macam alasan baru dicipta untuk menghalalkan leggings di tempat terbuka..

Apa nak jadi ni..?

Basic rules pun tak tahu ke....?
Yang ketat-ketat itu TAK BOLEH !!!

Cara Menegur Perempuan Melayu Pakai Leggings

Katakan tiba-tiba anda benar-benar tidak tahan dan terasa ingin menegur atau sound seorang wanita Islam yang sedang memakai leggings ketat giler. Apakah 'ayat-ayat kreatif' yang anda bakal lontarkan untuk menegur wanita itu ?

  1. wah3.. cantik sluar.. Mesti mahal kn??
  2. nice ass ..hahaha .
  3. apesal akak pakai baju je ni?
  4. cantik betissss...! 
  5. xde duit ke nk beli sluar..kaki pakai balut dengan kain je...haha
  6. cantikla keting awak..besor mucuk.. Tp kalu awak tutup elok2, wah! lebih terpelihara. Sepertimana emas dan permata yg trsembunyi. Semakin dalam tertanam, semakin tinggi nilainya..
  7. akak nmpak x kaki kerbau hitam saya? heran gak..td pg ada 4 kaki..tetiba td tinggal 2 kaki...yg kaki belakang lepas mane tak tahu la...org cakap ada sekitar sini..kerbau hitam saya tuh hebat..siap pakai highheel lg..ada org ckp ada org perempuan pinjam kaki kerbau saya tuh..nampak x?
  8. perghh cantik la akak..lg cantik kalau tak payah pkai ape2 kot, nmpk sama jer
  9. mesti mahal kan seluar sekarangg ni.. (smbil buat2 ckp kt kwn sbelah) sampai tak mmpu orang nk beli. Haha..
  10. kenape kamu berbogel..???
  11. masya Allah..orang Somalia pon pakai kain kak..hehe
  12. bestnya seluar
  13. akak..pkai sluar ke ?atau pakai sarung seluar..atau seluar dalam..baek bogel aje akak..senang.angin nak masuk..sejuk aje.tak payah cuci.. 
  14. cik kak...atas dah cntik,tudung..tang bawah lak lg cantik...ketat2..
  15. camtu baek tak payah pakai tudung..baju pakai tube je...one-set akak nye dose dapat..bru syok..
  16. aduss kak..kurang pahala puasa saya arini tgk akak berpakaian sopan macam nie..kalau terjadi apa2 kt akak jangan salahkan lelaki yang memandang ye kak..akak pikir la sendiri~
  17. baik takyah pakai ape2 kak.. 
  18. pergi depan muke dia..."INNALILLAHHIWAINNAILAIHIROJIU'NNN........"
  19. nampak selulit lah kak..timbul timbul
  20. eeee mcm bodo lagi...... atas tudung bawah legging...hudoh piang
  21. ketat la kak. Takde ketat lagi ke...?
  22. uuuu...selulit berlapis 2...
  23. (lenging hitam): pergh hitam gile kaki akak ...
  24. awak ni pkai seluar ke tidak?
 

Oh ! Awek Melayu Pakai Leggings Di Shopping Complex


Malas nak komen banyak pasal gambar di atas ni.

Apa pasal perempuan Melayu sekarang ni takde rasa malu pakai ketat-ketat ?
Itu yang aku semakin pelik.
Korang pelik tak ?

Jahil Sungguh Perempuan Yang Tayang LEGGINGS Ni !

Kalau nak bertudung, bertudunglah sungguh-sungguh.


Anda pakai tudung sebab apa sebenarnya ?
Kerana fesyen ? atau..
Kerana dengan memakai tudung masyarakat akan label anda menutup aurat ?

Janganlah kepala bertudung, tetapi bawah pakai jeans sendat dan leggings pula.
Leggings tu memang nyata-nyata ketat nak mampos.

Kau tahu tak apa 'lelaki-lelaki ada zakar' fikir bila nampak wanita pakai leggings...
"Grrr...geramnya, rasa nak raba-raba peha dan bontot dia."

Wahai wanita pemakai leggings..
Kau faham tak..?

Maka, jangan jadi JAHIL..

SuamiMu Handsome Dan Gagah, Namun....Pada Islam Dia DAYUS !

some_text


SuamiMu memang kacak,
Dia ada rupa,
Pandai memasak,
Pandai mencairkan hati wanitaMu
Dia jantan yang garang,
Lebam biji mata jika cari pasal dengannya,


Malang sekali SuamiMu sebenarnya DAYUS !
DAYUS itu suami yang LEMBIK,
LEMBIK dalam bab memimpin isteri ke jalan Allah,
GAGAL mendisiplinkan isteri mematuhi hukum Aurat,

Engkau pakai baju sendat,
Engkau pakai Leggings ketat,
SuamiMu tak marah,
SuamiMU tak kisah menanggung dosaMu,
Engkau ingat semua itu tanda sayang,
Sayang yang tidak bertempat,
SuamiMu DAYUS ! DAYUS !

Allah benci pada suami seperti SuamiMu !
SuamiMu tak akan cium bau syurga kerana dosaMu !

Wanita Pakai LEGGINGS Nampak Macam Pelacur ! Ini Bukan Admin Yang Kata

some_text

Apa itu "whore" ?

Whore
–noun
a woman who engages in promiscuous sexual intercourse, usually for moneyprostitute; harlot;strumpet.
dalam Bahasa Melayunya ialah PELACUR
some_text

"Look at me, I'm an attention whore "
maksudnya
"Lihatlah diri saya...sayalah wanita murahan yang gila perhatian lelaki.."

........................................................................
Apa pula "slut" ?

Slut
–noun
1.
a dirty, slovenly woman.
2.
an immoral or dissolute woman; prostitute.

senang cerita "slut" itu maksudnya WANITA MURAHAN..

some_text

Orang Barat yang kafir tu pun sedar LEGGINGS tu lucah..
LEGGINGS itu menjatuhkan maruah perempuan..
Di Malaysia terbalik pulak..?

Ramai wanita Melayu Islam kata..
"Apa salahnya pakai LEGGINGS...cantik ape..??"
"Seksi ape...tayang peha...tayang bontot..?"

Bengong betul..!!

Pakailah jika anda rela disamakan seperti "whore " dan "slut"..
Iaitu PELACUR..

Ini bukan admin yang kata, paham..?

Pakai LEGGINGS Memang Sahih Telanjang

Siapa pakai LEGGINGS memang sama macam telanjang.
Aplikasi Photoshop telah membuktikannya.


2 foto di atas menunjukkan perbandingan antara foto asal (original) seorang wanita memakai LEGGINGS ketat bewarna hitam, manakala gambar satu lagi adalah gambar asal yang telah diletakkan effect yang dinamakan (solarized). Effect ini telah mempamerkan dengan lebih jelas lagi betapa telanjangnya kaki wanita yang sedang memakai LEGGINGS.

Adakah anda masih berani menghidangkan betis yang dibaluti LEGGINGS di pasar malam ?

Teruskanlah memakai LEGGINGS...
Jika anda tidak kisah dipandang telanjang...!


Jika anda seorang lelaki,
Di antara 2 gambar di bawah, mana satu jika dipandang..
Tidak mencetuskan nafsu..
Tidak memanaskan mata dan..
Menyejukkan hati..

Jika anda seorang wanita,
Di antara 2 gambar di bawah, mana satu jika dipakai..
Mencerminkan sifat malu seorang wanita Melayu..
Menggambarkan imej mulia seorang Islam..




LEGGINGS itu kelihatan porno@lucah pada pandangan lelaki

Pakai Leggings Bersama Tudung Itu DOSA



Makcik berumur pun pakai leggings nak nampak seksi ?
Ibu anak empat pakai leggings di shopping complex ?
Perempuan jual nasi lemak tepi jalan pun pakai leggings ?
Anak gadis kampung pun berani pakai leggings ronda-ronda ?
Paling keji sekali leggings dipakai pula dengan tudung....
Woii...Hentikanlah semua ini...!!
Hormatlah kesucian imej seorang Muslimah..!!

Perempuan Islam yang sengaja pakai leggings di khalayak awam ni
memang tidak patut dikompromi dan ditolak-ansurkan.
Semakin kita cakap baik-baik, semakin mereka mengada-ngada !
Mencegah unsur maksiat harus tegas dan keras !
Siapa berani, sila tegur golongan ini !

Hukum Seorang Wanita Islam Yang Hamil Pakai LEGGINGS Di Tempat Awam (HOT !)



Anda ada isteri yang cantik,
Isteri anda sedang mengandung,
Dalam perut itu ada anak anda yang bakal lahir,
Anda bawa isteri anda pergi shopping complex,
Shopping barang-barang baby,
Ke hulu, ke hilir isteri kesayangan anda berjalan
sambil memakai LEGGINGS ketat....
mencari barang..

Agaknya..
Apakah yang terlintas di fikiran lelaki-lelaki
yang sedang memandang isteri anda ??

LUCAH wooo...!!

Ayoyo..
Fikir-fikirkanlah wahai suami sekalian..
Jangan jadi DAYUS !!!

Jika Diraba, Salahkan Legging Anda, Bukannya Si Pencabul ?


(klik gambar untuk lebih jelas)


Fikir-fikirkan mesejnya...

Kisah Menyayat Hati Seorang Suami Yang Bini Dia Pakai Legging Ketat Dalam Shopping Complex.

Ini sebuah kisah yang sangat menyayat hati. Mampu menyentuh jiwa sesiapa yang membacanya.

Suatu hari, seorang suami bersama isteri kesayangannya pergi bersiar-siar di sebuah shopping complex. Mereka berjalan berdua, isterinya menolak anak kecil yang sedang tidur di dalam sebuah 'stroller'. Sehinggalah tiba di tengah shopping mall, si suami mengajak isterinya melihat sebuah pameran kereta di situ. Kerana sayangkan suami, si isteri pun mengikut walaupun tidak berminat.

Si suami berjalan dan berhenti sebentar berhampiran sebuah kereta. Si suami sangat berminat dengan kereta itu. Dia memerhatikannya dengan agak lama.

Dalam keasyikan si suami seronok memerhatikan kereta yang hebat itu, sekumpulan 5 orang lelaki Myanmar sedang berdiri statik 2 meter di belakang mereka. Aku berada tidak jauh dari situ menjadi saksi melihat gelagat lelaki-lelaki Myanmar itu. Mereka juga sedang dalam keasyikan sama seperti si suami itu.

Selama 5 minit si suami menikmati keindahan kereta di situ, selama itu jugalah 5 orang lelaki Myanmar yang tidak dikenali tersebut berdiri statik dengan mata yang terjojol menikmati keindahan bentuk tubuh isterinya yang cantik menggoda yang dibaluti dengan T-shirt lengan panjang sendat biru dan sepasang legging hitam nipis berkilat yang jelas membonjolkan kegebuan betis dan peha isterinya. Aku memerhatikan 5 lelaki Myanmar itu tersengih-sengih seronok menikmati panorama itu. Siapa yang tidak suka pada tayangangan percuma ?


Aku tidak tahu mahu berkata apa. Jika aku katakan "Padan muka pada si suami dan wanita itu", bunyinya terlalu kejam. Aku sekadar berdiam diri sahajalah. Yang pastinya, aku tidak akan membiarkan isteri aku pakai legging di khalayak ramai seperti itu.

Sangat sedih kisah ini. Membuatkan aku menangis.

Adakah anda turut menangis ?

Masyarakat Terlalu Berkompromi Dengan Si Pemakai Legging !

Makcik jual nasi lemak pakai legging. Muslimah pakai legging bersama tudung. Artis Melayu pakai tudung dalam TV. Ibu dan anak perempuan sama-sama pakai legging pergi shopping. Isteri pakai legging ketat di sebelah suami. Gadis salun Muslimah pakai legging keluar masuk kedai. Butik Muslimah pamer patung pakai tudung dan legging. Beli juadah berbuka di bulan Ramadhan pun pakai legging ketat juga. Adakah anda masih lagi boleh bertolak-ansur dengan fenomena ini ?



Tidak semua orang 'makan' nasihat. Tidak semua anak murid 'makan' dengan cakap baik-baik si guru. Kadangkala, si guru perlu meninggi nada suara dan berkata sedikit kasar untuk menegur murid tertentu, kerana sesetengah murid akan mempermainkan teguran yang lembut-lembut dan melengah-lengah mematuhinya. Maksudnya, ramai wanita Islam pemakai legging di luar sana adalah kategori tidak peduli, degil dan obses fesyen. Adakah mereka akan kisah dengan nasihat-nasihat dilambakkan kepada mereka ? Jika nasihat baik-baik berkesan, kenapa trend ini semakin menjadi-jadi ? Kerana pihak sekeliling terlalu berlembut..

Kita jangan mudah terpedaya dengan alasan-alasan basi yang sering dilontarkan segelintir individu yang kononnya menggambarkan bahawa mereka setuju dengan kepentingan memelihara aurat, tetapi alasan-alasan tersebut adalah agar supaya masyarakat sekeliling menghalalkan pakaian-pakaian seksi untuk satu tempoh masa tertentu kononnya sebelum mereka benar-benar berubah.

1. Pakai penuh tutup aurat belum tentu masuk syurga pun.
2. Pakai legging, tetapi hati baik, OKlah tu..nobody's perfect..
3. Pakai legging suka-suka sahaja...bila sampai masa nanti berubahlah..
4. Tiada manusia yang sempurna...semua manusia lakukan kesilapan..
5. Legging...? Biasalah fesyen orang muda..nanti bila tua insaflah..
6. Legging..? Bukan tak mahu tutup aurat sepenuhnya...belum bersedia..nanti Insyaallah..
7. Jangan kutuk orang pakai legging nanti dapat dosa...kamu itu baik sangatkah..?
8. Pakai legging nak nampak cantik...biasalah perempuan suka berhias..
9. Biasalah fesyen...lama-lama nanti hilanglah..

Ramai yang menyalahgunakan alasan-alasan di atas.

Tahukah anda, apabila wanita-wanita pemakai legging membaca post yang mengkritik pedas fesyen legging mereka, mereka ini akan terasa pedih di hati. Siapa makan cili dia rasa pedas. Mereka akan terasa bahawa legging yang dipakai mereka sangat dipandang keji oleh masyarakat. Akibat datangnya 1,2,3 komen yang secara 50% membantah trend legging dan secara 50% pula memenangkan @ mem"back-up" wanita-wanita pemakai legging, akhirnya mereka ini termotivasi semula dengan hidung yang kembang kerana menyedari ada pihak yang bertoleransi dengan mereka.

Ada perkara yang boleh ditoleransi dan diberi masa yang panjang untuk berubah. Tetapi, di dalam bab aurat wanita, perubahan haruslah secara drastik dan pemberhentian serta-merta. Maksudnya, seorang wanita Islam yang memakai legging wajib meninggallkan trend legging serta-merta setelah menerima dan mendengar teguran dari seseorang. Bukannya diberikan satu tempoh masa yang lama dan subjektif sebelum mereka benar-benar berubah. Ini seolah-olah mengizinkan mereka berseronok memakai legging sepuas-puasnya sehinggalah keiinginan menutup aurat sepenuhnya sampai. Bayangkan di dalam tempoh toleransi yang diberi masyarakat itu, betis dan peha mereka yang dibaluti legging ketat masih terus dapat dinikmati oleh mata-mata lelaki yang nakal. Lantas memberi peluang lelaki-lelaki yang melihat menambah dosa.

Jangan bertolak ansur pada trend legging di tempat awam. Ia adalah trend yang wajib dibantah dan ditolak 100% dan si pemakainya wajib menjauhinya secara serta-merta bukannya secara perlahan-lahan. Ini adalah soal maksiat dan dosa bukannya soal keseimbangan kecantikan kerana TABARRUJ (berhias-hias untuk menunjuk-nunjuk) itu sendiri sudah menjadi dosa.

Orang Kafir Kata LEGGING Itu Seksi, Wanita Islam Pun BerLEGGING Sama..?




Fikir-fikirkan..
Sekarang ni mudah sangat terserempak dengan wanita Islam memakai LEGGING...
Di khalayak ramai pula tu...
Perasaan malu semakin terhakis..
Ini amat merisaukan penulis blog ini..
Adakah anda turut bimbang dengan isu ini..?

Setiap kali kita melihat wanita Islam memakai legging di tempat awam..
Mata kita sakit memandang..
Hati kita rasa tidak sedap..
Nafsu terseksa..
Terasa mahu menegur secara berdepan..
Tetapi tidak berani..
Terasa mahu memperli..
Takut nanti diserang..
Terasa untuk menasihat..
Nanti dituduh berpura alim pula..
Terfikir untuk mengkritik di dalam blog..
Tetapi dituduh cuba memalukan pula..

Oleh itu..
Kebanyakan kita hanya mampu menjeling dengan ekor mata..
Hanya mampu berlalu pergi dan membiarkan..
Mereka pun terus bermaharajalela dengan LEGGING mereka..
Sekian..

Apa Tujuan Pakai Legging ? Untuk Tayang Apa ?

 


Wahai wanita-wanita Islam di luar sana. Jangan pakai legging di tempat awam.
Pakaian yang dipilih melambangkan maruah kamu.
Lebih-lebih lagi jika kamu adalah isteri orang.
Jangan jadi isteri yang kelihatan lucah pada mata lelaki-lelaki asing..

"...kerana MALU itu perisai orang beriman..." bak kata lagu..

Kecantikan tubuh badan wanita Islam KHAS untuk suami sahaja.. 

Promosi Fesyen Sendat: Akhbar Apakejadah...?

Ia sebuah akhbar tabloid bahasa Melayu..
Si penulis@wartawan pula perempuan Melayu..
Melayu pastinya Islam dalam IC..
Takkan tak tahu fesyen sendat dan ketat itu HARAM..?
HARAM dipakai di depan bukan muhrim..
HARAM ditayang-tayangkan di khalayak ramai..
HARAM itu maksudnya DOSA..
Sebagai akhbar..
Kenapa kau mempromosikan benda fesyen yang HARAM kepada ramai ?
Memang "bengong" betul semua ini..!
LEGGING dan BAJU SENDAT itu fesyen HALAL ke..?



(Klik Untuk Lebih Jelas !)

kredit: http://thepotpetking.blogspot.com




Trend Pakai LEGGING Dan Tudung...? Butik "Konon Muslimah" Lah Penjenayahnya !!



Peniaga yang jual LEGGINGS di kedai mereka, berdosa ke..?

Jawapan: Tidak berdosa. Jual LEGGINGS tu samalah macam jual baju tidur seksi dan pakaian dalam wanita yang lain. Wanita yang beli LEGGINGS pun tak berdosa, malah diharuskan untuk keselesaan peribadi di dalam rumah dan malah dapat pahala pula jika dipakai untuk tontonan suami yang suka isterinya pakai ketat-ketat. Maksudnya, LEGGINGS boleh jadi dosa jika tidak kena pada tujuan pemakaiannya.



Pada waktu bilakah peniaga LEGGINGS boleh jatuh berdosa ?

Jawapannya: Apabila pemilik kedai / peniaga itu dengan sengaja telah menggalakkan amalan memakai LEGGINGS ketat tersebut untuk pandangan dan kenikmatan orang ramai, samaada peniaga tersebut sendiri yang memakai LEEGINGS secara terbuka di kedainya ataupun dia telah mempromosikan trend LEGGINGS ketat bersama tudung kepada orang ramai melalui patung di hadapan kedainya. Peniaga tersebut telah menyampaikan mesej bahawa TUDUNG dan LEGGINGS boleh dipadankan, padahal sebenarnya di dalam Islam hukumya HARAM.


Hukum Pakai LEGGING Di Dalam Rumah

Bolehkah wanita Islam memakai LEGGING ketat di dalam rumah sendiri ?


BOLEH !!

  1. Jika wanita itu hanya tinggal berdua dengan suaminya. Maka, hanya suaminya sahaja yang akan 'terangsang secara seksual' melihat isterinya memakai LEGGING ketat berkilat itu.
  2. Jika wanita itu tinggal hanya bersama anak-anak perempuan dan suaminya di dalam rumah itu. (tak bagus juga, nanti anak gadis ikut..)
  3. Jika mahu memakai LEGGING di dalam bilik sendiri sebagai baju tidur contohnya dan tidak akan keluar bilik dalam waktu yang lama. Bila keluar dari bilik, harus memakai pakaian yang lebih longgar.


TIDAK BOLEH@TIDAK SESUAI@HARAM !!
  1. Jika wanita itu tinggal bersama anak-anak bujang lelakinya yang telah sedar apa itu tarikan seksual.
  2. Jika adik/abang ipar (lelaki) turut berada di dalam rumah itu kerana adik/abang ipar juga boleh tertarik secara seksual terhadap kakak iparnya.
  3. Jika tinggal bersama adik-beradik kandung lelaki yang telah sedar apa itu tarikan seksual.
  4. Jika ada tetamu-tetamu lelaki bukan suami yang datang ke rumah.
  5. Jika mahu keluar berlegar di hadapan rumah dengan kebarangkalian besar ada jiran-jiran lelaki yang akan melihat LEGGING itu.



Bayangkan adik ipar, abang ipar dan
jiran lelaki anda melihat bentuk peha
dan punggung ANDA seperti gambar
di atas akibat memakai LEGGING
dan kemudian
mereka terangsang secara seksual..?
Di mana maruah anda...?


Contoh-Contoh Kejahilan Fesyen Wanita Islam Di Malaysia

LEGGING itu:

-terlalu ketat hingga mengikut bentuk betis, peha dan punggung mereka
-tidak sopan dipakai di khalayak ramai 
-menyalahi hukum pemakaian wanita Islam
-bedosa besar sama seperti membuka aurat
-memberi kesan 'fetish seksual' kepada nafsu lelaki
-alur betis dan peha yang nampak dari legging ketat merangsang nafsu lelaki

Tetapi, segelintir wanita Islam buat-buat tidak tahu sahaja. Mereka sudah tahu tidak elok di sisi agama, tetapi masih memakainya di tempat awam untuk tontonan orang ramai kerana mereka lebih mengutamakan fesyen dan untuk menunjuk kecantikan.
Erti kata lain, mereka sengaja buat-buat BODOH...

**Gambar-gambar di sini adalah dari hasil carian secara rambang di ruang internet untuk dijadikan contoh dan pengajaran. Maksudnya, setelah anda melihat fesyen legging yang ditunjukkan di sini,anda perlu segera meninggalkan trend legging jika anda mengamalkannya dan jangan sesekali memakai legging di tempat awam jika anda belum mencubanya.

...................................................
CONTOH-CONTOH FESYEN YANG Tidak Tahu Malu:

 

 


6 Sebab Wanita Islam Dilarang Dan Diharamkan Pakai LEGGING Di Hadapan Lelaki-Lelaki Bukan Suami


Ramai di antara anda wanita di luar sana beragama Islam tetapi memakai SELUAR KETAT dan LEGGING di khalayak ramai dan menjadi tontonan lelaki-lelaki bukan suami.

Ramai wanita Islam menyangka "BOLEH ! APA SALAHNYA PAKAI LEGGING ", asalkan pakai baju labuh. Hakikatnya, wanita Islam tetap tidak boleh memakai seluar yang berkain nipis dan ketat (LEGGING). Seluar jeans ketat pun sudah dipersetujui HARAM oleh para alim agama, apatah lagi LEGGING yang sudah jelas-jelas mengikut bentuk betis, peha dan punggung mereka.


Sebab-sebab HARAM pakai legging adalah:

1. Berpakaian tetapi telanjang.


sabda Rasulullah s.a.w. : 

"akan datang ummatku di akhir zaman terdiri dari kaum wanita yang mana mereka itu berpakaian dalam keadaan telanjang, di atas kepala mereka berbonggol-bonggol seperti belakang unta. mereka ini dilaknat oleh Allah dan tidak masuk mereka itu ke dalam syurga, serta tidak dapat menghidu baunya. dan sesungguhnya wangian syurga itu di dapati jarak perjalanan lima puluh ribu tahun perjalanan." (sokhih bukhori) 
Kononnya sudah bertudung, memakai baju, kain dan seluar apabila keluar, tetapi masih ditafsirkan sebagai 'telanjang' ?. Kerana, baju, kain dan seluar yang dipakai wanita itu tidak benar-benar dan tidak sungguh-sungguh melindungi dan menutupi bahagian-bahagian aurat badannya.

a) Warna fabrik kain atau seluar sama warna dengan kulit.
b) Fabrik kain terlalu nipis.
c) Fabrik terlalu lembut dan apabila lembut ia menampakkan alur bentuk badan wanita itu.
d) Tidak longgar (ketat) maka ia mengikut potongan badan seperti betis, peha, punggung, alur vagina, bentuk buah dada dan pinggang.

Wanita-wanita ini berjalan ke sana ke mari hanya berpakaian secara fizikal, tetapi lelaki-lelaki yang memandang mereka dengan 'senang dan segera' dapat membogelkan mereka dengan pandangan mata.


2. VPL (Visible panty line)


Merujuk kepada wikipedia, VPL adalah "A visible panty line is the situation when the outline of a person's underwear is visible through the clothing. The underpants may be seen as a ridge or depression in the clothes, or as a result of the clothing material being sufficiently transparent."Senang cerita, seluar ketat dan legging boleh menampakkan bentuk bontot dan bayangan seluar dalam wanita dari pandangan luar.

Many cultures disapprove of the display of underwear, and a visible panty line is generally considered undesirable and embarrassing. Banyak budaya (terutama sekali Islam) menyatakan dengan tegas bahawa seluar ketat (LEGGING) ini menyakitkan mata lelaki (maksiat mata) dan menjatuhkan maruah wanita.

At the same time, a visible panty line is at times deliberately created for its erotic impact.
Oleh kerana Legging itu sangat ketat, ditambah pula dengan berkilat ia akan menyebabkan wanita yang memakai itu menonjolkan imej seksi dan erotik serta menimbulkan rasa stim ke atas lelaki-lelaki yang memandang.


3. Nampak bentuk bontot dan alur vagina.


Bukan lucah atau kasar, tetapi itulah kesannya memakai legging di tempat terbuka. Memang bodoh wanita Islam yang sudah tahu dirinya mempunyai betis yang mampat, peha yang gebu dan bontot yang agak besar TETAPI berani memakai legging ketat bersama baju kontot atau pendek di hadapan lelaki-lelaki bukan suami. Memang bodoh !

Amat mudah para lelaki untuk meng X-ray apa yang terselindung di sebalik legging itu. Kemudian, bermain-mainlah idea-idea kotor dan fantasi cabul, rogol di dalam minda lelaki-lelaki itu.


4. Mana boleh campur aduk pakaian tutup aurat dengan pakaian seksi.

 

Pakai tudung ? Bagus ! Itu menepati kehendak Islam. Tetapi kenapa anda (wanita) memakai bersama seluar ketat dan legging pula...?? Itu namanya mencampur adukkan yang HALAL dengan yang HARAM. Air dan minyak tidak boleh bercampur.

Tudung + Baju labuh dan longgar + Seluar longgar = HALAL
Tudung + Baju sendat dan kontot + Seluar ketat dan legging = HALAM...??
Tudung + Baju labuh + Legging = HALAM...??

Walaupun LEGGING dipakai bersama tudung dan baju paras lutut sekalipun, ia tetap tidak sesuai dari segi peraturan pemakaian Islam kerana bahagian betis wanita masih nampak 'ketat'. Maka ia juga menampakkan bentuk aurat wanita.

Sesetengah wanita menganggap pemakaian Islam ini kolot, tetapi sebenarnya tujuannya adalah untuk melindungi maruah wanita Islam dari pandangan seksual kotor si lelaki. Ini adalah kerana hampir keseluruhan bahagian tubuh wanita termasuklah kaki, betis, peha, punggung, kemaluan, dada, leher dan malah wajah wanita sangat mudah mencetuskan nafsu seksual lelaki. Seterusnya ini boleh mengundang imaginasi kotor dan persepsi jahat si lelaki terhadap wanita Islam itu.

Oleh itu, jika mahu menutup aurat dan berimej wanita sopan, biarlah bersungguh-sungguh. Baru mendapat pahala.


5. Legging Itu Pakaian Berunsur Fetish Seksual


Sexual fetishism, or erotic fetishism, is the sexual arousal a person receives from a physical object. Fetish seksual adalah rasa teruja dan terangsang nafsu seks apabila menyentuh atau melihat bahagian atau aksesori wanita yang tertentu contohnya LEGGING dan SPANDEX.

Jika dicari terma SPANDEX dan LEGGING di internet, banyak yang menghubungkaitkannya sebagai pakaian perangang nafsu seks lelaki. Dengan kata mudah, LEGGING sering dimanipulasikan di dalam gambar-gambar lucah wanita.

Secara agak kasar, pantyhose, tights, spandex dan legging adalah pakaian yang dikategorikan fetish yang mampu menyebabkan para lelaki merasa stim dan ereksi penis.

Bayangkanlah anda seorang wanita Islam ditambah pula sudah berkahwin, berjalan ke sana ke mari di tempat awam memakai legging ketat dan kemudian disaksikan dan direnung oleh mata lelaki-lelaki yang gila perempuan.

Anda sengaja mencari nahas.



6. Pemujaan Kecantikan Wajah Dan Bentuk Badan Hanya Untuk SUAMI Sahaja.

Berhias untuk suami. Bermake-up cantik suami. Pakai baju tidur seksi untuk suami. Pakai mini skirt untuk suami. Pakai seluar ketat untuk suami di ranjang. Pakai legging ketat nampak bentuk peha dan bontot untuk suami. Pakai baju jarang untuk suami. Pakai seluar jeans ketat untuk menggoda nafsu seks suami. Semuanya khas dan istimewa untuk merangsang nafsu seks suamibukan lelaki-lelaki di tempat awam atau di tempat kerja.

Tetapi apa anda golongan wanita buat..???
 

SHEIKH MUHAMMAD ALI AL-SABUNI : 3 SEBAB NEGARA SYIRIA LEBIH DIUTAMAKAN DARI PALESTINE UNTUK JIHAD

ISU SEBENAR YANG BERLAKU DI SYRIA  Isu sebenar yg berlaku di Syiria.. kedatangan Ulama' Sunnah Syiria, Sheikh Muhammad Ali al-Sabuni di...