1.
Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar)
yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa
malaikat yg lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yg tinggal
dan akhirnya nyawanya sendiri.
2. Selepas semua makhluk mati, Tuhan
pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa
yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah
Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa”. Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya
sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.
3. Selepas 40 tahun, Malaikat
Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas
seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama
padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.
4. Sekelian manusia hidup melalui
benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang
mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yg kembang membesar dari biji benih.
5. Semua manusia dan jin
dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana
pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa
depan yang akan mereka hadapi kelak.
6. Lalu datanglah api yang
berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan
binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan
(bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan
dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami
akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.
7. Setelah semua makhluk
dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam
kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.
8. Tiba-tiba langit yang tebal pecah
dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah
Ta’ala. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya
yang menakutkan.
9. Kemudian matahari muncul semula
dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada
sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi
seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar,
bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan
bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam
mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan
sehingga 1000 tahun.
10. Terdapat satu kolam ( ??? )
kepunyaan Nabi Muhammad s.a.w. bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang
hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh
malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya.
Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air
kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya
lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.
11. Semua makhluk berada bawah
cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy.
Mereka ialah:
- Pemimpin yang adil.
- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
- Lelaki yang terikat hatinya dgn masjid.
- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.
- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.
12. Oleh kerana tersangat lama
menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan
mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan
para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan
manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi
Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah Ta’ala.
Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s.,
Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam
a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah saw. Jarak masa antara satu nabi
dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.
13. Lalu berdoalah baginda Nabi
Muhammad s.a.w. ke hadrat Allah Ta’ala. Lalu diperkenankan doa baginda.
14. Selepas itu, terdengar bunyi
pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka
sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul
oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20ribu
tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba
dibumi.
15. ‘Arasy ( ??? ) ialah jisim nurani
yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang
yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa
mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan
malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat
kuat.
16. Kursi ( ???? ) iaitu jisim
nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang
sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang
. Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.
17. Seluruh makhluk pun menundukkan
kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah
kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya
tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab
amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman
Katibin.
18. Manusia beratur dalam saf
mengikut Nabi dan pemimpin masing-masing. Orang kafir & munafik beratur
bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri
untuk dibezakan.
19. Umat yang pertama kali dihisab
adalah umat Nabi Muhammad s.a.w., dan amalan yang pertama kali dihisab adalah
solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan
darah.
20. Apabila tiba giliran seseorang
hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan,
lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan
kiri jika orang bukan mukmin.
21. Semua makhluk akan dihisab
amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai
satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang
pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.
22. Acara ini disaksikan oleh Nabi
Muhammad s.a.w. dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing
dihisab.
23. Perkara pertama yang diminta
ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang
bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.
24. Ketika dihisab, mulut manusia
akan dipateri, tangan akan berkata-kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada
dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha
Bijaksana.
25. Setelah amalan ditimbang,
mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing
dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan
dibenarkannya menyeberangi titian sirat.
26. Syafaat Nabi Muhammad s.a.w. di
akhirat :
- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
Semua syafaat ini tertakluk kepada
keizinan Allah Ta’ala.
27. Para nabi dan rasul serta
golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada
para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka
akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.
28. Setelah berjaya dihisab, manusia
akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim
ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini
adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata
pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.
29. Fudhail bin Iyadh berkata
perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun
mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat,
seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak
dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu
mereka jatuh ke dalamnya.
30. Para malaikat berdiri di kanan
dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang
meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan
terjatuh ke dalam neraka.
Rujukan:
Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-Fathani.
Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-Fathani.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan