1. Sembahyang diabaikan
(diringan-ringankan).
2. Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui iklan, buku, gambar, risalah atau filem.
2. Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui iklan, buku, gambar, risalah atau filem.
3. Penjenayah menjadi pemimpin dan kAebanyakannya jahil mengenai agama dan
banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.
4. Perkara benar menjadi salah dan
salah menjadi benar. Sukar untuk membezakan perkara halal dan
haram kerana yang haram dianggap halal serta sebaliknya.
5. Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika tidak
berbohong sukar untuk hidup senang.
6. Membayar zakat (harta, perniagaan
dan pendapatan) dianggap beban.
7. Orang yang hidup mengikut
kehendak agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih kerana maksiat
berleluasa tetapi mereka tidak mampu mencegahnya.
8. Turun hujan di luar musimnya dan
hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk di muka bumi.
9. Fenomena lelaki berkahwin dengan
lelaki (homoseksual) dan perempuan berkeinginan kepada perempuan (lesbian)
semakin menjadi-jadi.
10. Perempuan menguasai lelaki
dengan memakai ubat guna-guna, sihir dan amalan syaitan lain.
11. Anak-anak mengingkari dan
menderhaka ibu bapa (ibu bapa menjadi kuli dan anak menjadi tuan).
12. Kawan baik dilayan
dengan kasar, manakala musuh diberi layanan baik. Kawan disangka lawan dan
musuh dianggap sahabat serta memusuhi orang yang mengajak berbuat kebaikan.
13. Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina, minum arak,
bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, meninggalkan sembahyang, mendedahkan
aurat dan berjudi.
14. Masjid dihias indah
tetapi kosong, terpulau, berkunci dan banyak berlaku kecurian barang masjid
yang berharga.
15. Ramai yang sembahyang tetapi
munafik dan berpura-pura. Di dalam sembahyang berjanji akan mengikut suruhan
Allah tetapi di luar sembahyang melanggar perintahNya,
16. Akan datang golongan manusia
dari Barat menguasai mereka yang lemah (iman) dan ramai terpengaruh dengannya
seperti mengikut cara mereka berpakaian, bergaul dan suka berpesta.
17. Al-Quran dicetak dengan indah
tetapi hanya dijadikan perhiasan dan jarang dibaca serta diamalkan kehendaknya.
18. Amalan riba berleluasa hingga
orang alim pun terjebak sama.
19. Darah manusia tidak berharga,
sering berlaku pembunuhan, peperangan dan jenayah.
20. Penganut Islam tidak mahu
mengamalkan suruhan agama dan tidak mahu membela serta menyebarkannya
21. Akan bertambah banyak penyanyi
wanita (wanita yang tidak beriman adalah senjata syaitan yang baik).
22. Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan
tujuan melancong, yang sederhana pergi untuk berniaga dan yang miskin bermaks
Tiada ulasan:
Catat Ulasan