1. Tahukah
anda bahawa selain bangsa yahudi, tidak dibenarkan membeli atau menyewa tanah
di Israel?
2. Tahukah
anda bahawa setiap bangsa yahudi yang ada di setiap Negara di seluruh dunia
menjadi warga Negara Israel secara automatik? Sementara warga Palestin
yang lahir di tanah negerinya sendiri sejak puluhan abad yang lalu terus diusir
ke luar dari Palestin?
3. Tahukah
anda bahawa penduduk Palestin yang menetap di kawasan Israel harus menggunakan
kenderaan yang dicat dengan warna khas untuk membezakan antara bangsa yahudi
dan bukan yahudi?
4. Tahukah
anda bahawa Jerusalem bahagian timur, Tebing Barat, Gaza dan dataran tinggi
Golan dianggap oleh masyarakat antarabangsa khususnya barat dan Amerika sebagai
kawasan yang dijajah Israel dan bukan merupakan sebahagian daripada Israel?
5. Tahukah
anda bahawa Israel memperuntukkan 85% air bersih hanya untuk bangsa Yahudi dan
membahagikan 15% sisanya untuk seluruh penduduk Palestin yang menetap di
kawasan Israel? Secara realiti, Israel memperuntukkan 85% air bersih hanya
untuk 400 penduduk yahudi di Hebron, sementara 15% sisanya diberikan kepada 120
ribu penduduk Palestin di daerah itu?
6. Tahukah
anda bahawa Amerika menyalurkan dana 5 billion US dari penghasilan hutangnya
setiap tahunnya untuk menyumbang kepada Israel?
7.
Tahukah anda bahawa Amerika terus memberikan bantuan ketenteraan kepada
Israel sebesar 1,8 billion US setiap tahunn? Dan tahukah anda bahawa
jumlah sebesar itu sama dengan sumbangan Amerika kepada seluruh Negara di
benua-benua Afrika?
8. Tahukah
anda bahawa Israel juga menunggu bantuan perang tambahan sebesar 4 billion US
dari Amerika yang terdiri dari pesawat pejuang F16, Apache dan
Blackhawk? Dan kerana Amerika merupakan Negara gabungan utama bagi Israel,
maka ia wajib memberikan semua kemudahan yang diminta Israel untuk menjamin
kewujudannya.
9. Tahukah
anda bahawa kerajaan Amerika telah menekan Kongres tentang pelanggaran Israel
dalam penggunaan senjata yang mereka sumbangkan? Khususnya pada tahun 1978,
1979 dan tahun 1982 pada perang di Lubnan dan penggunaan senjata nuklear pada
tahun 1981.
10. Tahukah
anda bahawa Israel adalah satu-satunya Negara di Timur Tengah yang menolak
menandatangani larangan pembangunan senjata nuklear? Dan menolak Pasukan
Siasatan PBB untuk memeriksa tempat persembunyian nuklearnya?
11. Tahukah
anda bahawa sebelum Israel wujud pada tahun 1948, mereka telah memiliki kilang
pengembangan senjata nuklear?
12. Tahukah
anda bahawa Pegawai Tinggi Israel di Jabatan Tentera mereka mengakui secara
terang-terangan bahawa tentera Israel membunuh semua tahanan perang Palestin
tanpa proses pengadilan?
13. Tahukah
anda bahawa Israel telah menyerang tempat kediaman Diplomat Amerika dan
menyerang kapal perang Amerika Liberty di perairan antarabangsa pada tahun
1967? Walaupun serangan itu membunuh 33 tentara Amerika dan melukai 177
lainnya, tetapi Amerika sama sekali tidak melakukan sebarang tindakan terhadap
Israel? Hanya dengan alasan bahawa tentera Israel tersalah
sasaran? Bayangkan kalau serangan itu dilakukan oleh Negara Islam?
14. Tahukah
anda bahawa Israel merupakan Negara yang paling banyak mengabaikan resolusi
negara PBB? Jumlah resolusi yang diabaikan oleh Israel mencapai 69
buah. Bayangkan seandainya satu Negara Islam mengabaikan 1 resolusi PBB,
apa yang akan dilakukan oleh Amerika?
15. Tahukah
anda bahawa pemerintah Israel menggunakan system politik pemeliharaan terhadap
identiti rakyat yahudi agar tetap menjadi warga Negara itu?
16. Tahukah
anda bahawa Mahkamah Agung Israel telah menetapkan Perdana Menteri Ariel Sharon
sebagai terkecuali dalam kes pembunuhan Shabra dan Syatilla pada 16 September
1982 di Lebanon yang telah membunuh lebih dari 1000 orang Palestin terdiri dari
anak-anak, wanita dan orang tua?
17. Tahukah
anda bahawa pada tarikh 20 Mei 1990, seorang tentera Israel menyuruh para
pekerja Palestin yang sedang menunggu bus di Halte untuk duduk berbaris di atas
tanah, setelah itu ia menembak mereka dari jarah setengah meter? Tahu
pulakah anda bahawa pemerintah Israel menyatakan tentera itu tidak bersalah dan
bahkan mendapat penghargaan khusus dari pemerintah Israel?
18.
Adakah anda tahu bahawa sehingga tahun 1988, semua kilang dan pejabat di
Israel hanya boleh melampirkan keterangan pekerjaan dengan kata-kata:
“pekerjaan hanya untuk bangsaYahudi”, ” pekerja hanya boleh dipilih dengan
syarat dia berbangsa Yahudi”?
19. Tahukah
anda bahawa Jabatan Luar Negeri Israel membayar 6 jabatan media Amerika untuk
menerbitkan imej positif Israel kepada masyarakat Amerika dan Eropah?
20. Tahukah
anda bahawa Sharon mengajak Parti radikal Molodeit untuk menjadi gabungan utama
dalam kabinetnya? Padahal parti itu beridealogi radikal dengan tujuan
untuk membesihkan Israel dari luar kawasan yahudi dan pengusiran secara paksa
seluruh warga Palestin dari Israel?
21. Tahukah
anda bahawa Perdana Menteri Israel pertama, David Ben-Gorion sepakat dengan
langkah pengusiran secara paksa seluruh rakyat arab dari Israel?
22. Tahukah
anda bahawa Rahib besar di Israel Ofadya Yosef yang juga pengasas Parti Syas
(parti ketiga terbesar di Israel) menyokong aksi tentera Israel untuk membunuh
warga Palestin?bahkan ia mengeluarkan fatwa radikal pada hari raya paskah yang
lalu dalam wawancaranya di sebuah rangkaian radio terbesar di Israel: “Tuhan
akan membalas semua kejahatan warga arab, Tuhan akan menghancurkan
keturunannya, menghabiskannya dan menghancurkan tanahnya dan Tuhan akan
membalas mereka dengan azab yang pedih. Oleh itu dilarang semua bangsa
yahudi untuk memberikan rasa kasih sayang kepada warga arab, dan wajib bagi
setiap yahudi untuk menembak mereka dan senjatanya hendaklah dihalakan ke arah
dada dan kepala setiap warga arab untuk menghabiskannya, kerana mereka itu
makhluk yang jahat dan terkutuk “… …
23. Tahukah
anda bahawa pelarian Palestin terbesar di dunia?
24. Tahukah
anda bahawa penduduk Kristian Palestin bersatu dengan penduduk Palestin muslim
untuk melawan penjajah yahudi?
25. Tahukah
anda, walaupun Mahkamah Agong Israel sudah mengeluarkan keputusan pelarangan
penyeksaan dalam proses pemeriksaan, tetapi Shinbet (Badan perisik Israel)
tetap terus menyeksa setiap pejuang Palestin dalam proses pemeriksaannya?
26. Tahukah
anda bahawa walaupun Israel terus mengganggu proses belajar mengajar dan
merosakkan seluruh prasarana pendidikan penduduk Palestin, tetapi penduduk
Palestin tetap menjadi Negara terbesar di dunia yang penduduknya bergelar
doktor falsafah. Hal ini dilihat dari jumlah purata penduduknya.
27. Tahukah
anda bahawa setiap manusia mempunyai hak yang sama yang dijamin oleh
undang-undang HAM antarabangsa yang diterbitkan pada tarikh 10 Disember 1948?
Tetapi tahukah anda bahawa undang-undang itu sama sekali tidak berlaku bagi
penduduk Palestin? kerana dihalang dengan ditandatangani oleh perikatan
OSLO?
28. Tahukah
anda bahawa majoriti buku sejarah di dunia mengatakan Negara-negara arab yang
menyerang Israel terlebih dahulu pada perang tahun 1967? Padahal faktanya,
Israel yang menyerang Negara-negara arab terlebih dahulu kemudian mereka
merebut kota Al Quds dan Tebing Barat? Tetapi mereka mengatakan bahawa
serangannya itu adalah serangan untuk menjaga diri mereka?
29. Tahukah
anda bahawa Israel sebagai Negara penjajah sama sekali tidak terikat dengan
konvension Geneva untuk menjaga hak-hak dan keselamatan warga awam Palestin?
30. Tahukah
anda bahawa perintah Perdana Menteri Israel Ariel Sharon sudah tidak dituruti
lagi oleh tentera Israel? Salah satu contohnya adalah ketika ia melarang
tentera Israel untuk melakukan genjatan senjata dan dilarang menembak, tetapi
tentera Israel terus menyerang, menembak rakyat awam Palestin dan menghancurkan
tempat tinggal mereka. Insiden paling memilukan andalah pembunuhan tiga
wanita Palestin, padahal mereka sedang berada dalam khemah pelariannya?
31. Tahukah
anda bahawa Israel terus melakukan pebagai usaha untuk menghancurkan Masjid
Al-Aqsa dan Qubah As-Sakhrah sejak 50 tahun yang lalu dengan menggali bawah
tanah masjid tersebut agar runtuh dengan sendirinya?
32. Tahukah
anda bahawa Presiden Afrika Selatan Nelson Mandela mengatakan bahawa Israel
adalah Negara rasisme dan apartheid seperti keadaan Afrika Selatan sebelum
beliau memerintah?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan