Rabu, 28 November 2012

SUAMI ISTERI PELUK-PELUK DI TEMPAT AWAM, BENARKAH TIDAK SALAH ?




A: Apa hukum lelaki perempuan peluk-peluk tapi tak kahwin ?
B:  Dosa la, sebab hukumnya Haram.
A: Tapi, kalau lelaki perempuan tu dah kahwin ?
B: Dah kahwin tak apa la...dah laki bini..nak peluk-peluk suka hati la..

A: Apa kau rasa kalau kau nampak couple Melayu peluk-peluk di public ?
B: Confirm aku menyampah ! Terang-terang buat maksiat depan orang ramai !
A: Kalau pasangan Melayu yang dah kahwin peluk-peluk di public ?
B: Dah kahwin tak apa la...dah laki bini..nak peluk-peluk suka hati diorang la..
A: Hmm...betul ke perbuatan tu tidak salah...?

A: Sekarang, bayangkan kau seorang pegawai pencegah maksiat dan ada undang-undang Islam tempatan menyatakan bahawa lelaki perempuan Islam yang berkelakuan tidak sopan menyerupai maksiat di tempat awam boleh diminta menunjukkan sijil/kad nikah. Katakan, satu hari kau dan rakan pasukan terserempak seorang lelaki muda Melayu sedang memeluk intim pinggang perempuan di sebelahnya, adakah kau akan pergi dan menahan pasangan tersebut untuk meminta sijil/kad nikah ?
B: Errr....mungkin...mungkin aku akan minta mereka tunjukkan...sebab aku tak tahu mereka sudah nikah atau belum ? Keadaan mereka meragukan...
A: Sekarang kau nampak tak apa salahnya....?
B: Ooo...berpelukan antara lelaki perempuan di public boleh menimbulkan fitnah..!!Walaupun sudah berkahwin tetapi berpelukan intim di public boleh menyebabkan rasa syak wasangka negatif pada mata orang ramai yang memandang, lalu boleh menjatuhkan maruah dan air muka pasangan suami isteri terbabit...
A: Tahu takpe...

Tiada ulasan:

SHEIKH MUHAMMAD ALI AL-SABUNI : 3 SEBAB NEGARA SYIRIA LEBIH DIUTAMAKAN DARI PALESTINE UNTUK JIHAD

ISU SEBENAR YANG BERLAKU DI SYRIA  Isu sebenar yg berlaku di Syiria.. kedatangan Ulama' Sunnah Syiria, Sheikh Muhammad Ali al-Sabuni di...