Rabu, 28 November 2012

AWEK MELAYU SENDAT PUN KENAL USTAZ AZHAR IDRUS ?


                     Tolong SHARE post ini. Moga anda mendapat pahala. Amin.


Ustaz Azhar Idrus, siapa yang tidak kenal ? Wanita-wanita Melayu baju sendat tak pakai tudung pun ramai yang kenal dengan Ustaz Azhar Idrus. Mereka suka benar dengan potongan kata ustaz apabila menerangkan tentang hukum nikah kahwin dan hidup berpasangan. Boleh dilihat di wall-wall mereka berbalas-balas komen sesama rakan baju sendat tidak bertudung lain dengan penuh keyakinan dan kononnya dengan kefahaman tentang Islam. Sangat suka benar mereka pada topik sebegini. Jika mereka benar-benar mengikuti tazkirah Ustaz Azhar Idrus, mereka seWAJIBnya tahu satu 'quote' yang sangat popular yang menyentuh adab berpakaian wanita Islam.


















Takkan golongan wanita Melayu baju sendat tidak bertudung ini tidak tahu menahu mengenai pesanan penting dari Ustaz Azhar Idrus ini.  Rata-rata wanita Melayu ini  memiliki beralbum-album gambar peribadi di Facebook yang banyak foto-foto berpakaian ketat sendat dan tidak bertudung di dalamnya. Apakah mereka tidak mengambil pengajaran dari pesanan ustaz tersebut ? Atau mereka memilih kata-kata ustaz yang menarik pada nafsu dan telinga mereka sahaja ?

Bila bab nikah kahwin, bab suami pilihan terbuka luas telinga mereka.
Bila bab aurat dan adab berpakaian Muslimah terus pekak telinga mereka.

Tiada ulasan:

SHEIKH MUHAMMAD ALI AL-SABUNI : 3 SEBAB NEGARA SYIRIA LEBIH DIUTAMAKAN DARI PALESTINE UNTUK JIHAD

ISU SEBENAR YANG BERLAKU DI SYRIA  Isu sebenar yg berlaku di Syiria.. kedatangan Ulama' Sunnah Syiria, Sheikh Muhammad Ali al-Sabuni di...