Monday, October 21, 2013

Apa Itu 'Hijab' Sebenarnya.... Oki Setiana Dewi




Pencerahan terbaik mengenai apa itu 'Hijab'
Bukan hanya tudung semata2.....

Saya menyeru semua rakan fb yang dikasihi untuk bersama2 meluangkan cuma 5minit 48 saat untuk menghayati apa yang di sampaikan dalam video ringkas ini.....

Muslimin juga wajib faham makna sebenar hijab agar dapat membimbing isteri, anak2 dan seisi keluarga bersama mencari redha Allah.

Ingatlah... jgn nak tunggu sampai hidayah baru hendak menutup aurat anda... kerana menutup aurat itu adalah SATU KEWAJIPAN...

Pelaksanaan hijab adalah perkara wajib yang diperjelaskan secara nyata di dalam Al-Quran. Secara umumnya hijab itu membawa maksud cara menutup aurat bagi lelaki dan juga perempuan dengan sempurna.

"Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu dan pakaian perhiasan dan pakaian yang berupa takwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur)." -
(Surah Al-A'raaf: Ayat 26)

Wallahu A'lam
Post a Comment