Rabu, 28 Ogos 2013

JANGAN ENGKAU KAHWINI 6 GOLONGAN WANITA INI


Pesanan Rasulullah saw untuk kaum Lelaki : "Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah, dan yang hananah dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang basaqah dan yang syadaqah".

1.Wanita Ananah : wanita yang banyak mengomen itu dan ini. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumahnya tangga semua tidak kena dan tidak berpuas hati.

2.Wanita Mananah : wanita sebegini yang menidakkan usaha dan jasa suami sebaliknya mendabik dada dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah tangga. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga. Biasanya wanita ini bekerja atau berkedudukan tinggi dan bergaji besar.

3.Wanita Hananah : Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain dan wanita ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang sedia ada. Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya itu. Wanita sebegini yang mengkufuri nikmat perkahwinan. Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan
suaminya.

4.Wanita Hadaqah : melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya utk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya selain itu wanita ini suka ikut nafsunya. Wanita sebigini memeningkan kepala lelaki. Dia tenguk apa saja dia mahu. Dia suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain. Suka menunjuk-nujuk. Wanita inilah yang menjadikan suami dulu handsome sekarang suah botak.

5. Wanita Basaqah : ada 2 makna:

Pertama wanita sebegini yang suka bersolek dan menghiaskan diri. Dia menghias diri bukan untuk sumainya tetapi untuk ditunjuk-tujukkan kepada dunia. Suka melawa. Wangnya dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan barang kemas. Wanita begini juga suka dipuji-puji. Kalau dia kebetulan menjadi isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam kumpulan itu, orang lain tidak boleh mengatasi dirinya.

Kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.

6.Wanita Syadaqah : banyak cakap, tidak menentu lagi bising. Kebecokan itu juga menyebabkan segala kerja yang dibuatnya tidak menjadi, hanya tukang sibuk dan komen saja.

---Dicatat oleh Imam Al-Ghazalli...Wallahu'alam.

Semoga kita dijauhi daripada golongan wanita sebegini... Amin

24 PERINGATAN BAGI KAUM WANITA


Jom kita baca 24 Peringatan Untuk Wanita yang perlu kepada setiap wanita tahu dan ambil berat.1. Urusan pertama yang ditanyakan pada hari akhirat nanti ialah mengenai solat dan mengenai urusan suaminya (apakah ia menjalankan kewajipannya atau tidak).

2. Apabila wanita itu lari dari rumah suaminya maka tidak diterima solatnya sehingga kembali ia dan menghulurkan tangannya kepada suaminya (meminta ampun).

3. Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi agar mereka tercium bau harumnya maka dia adalah perempuan zina dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina.

4. Sebaik-baik wanita ialah tinggal di rumah, tidak keluar kecuali atas urusan yang mustahak. Wanita yang keluar rumah akan dipesonakan oleh iblis. Sabda Nabi s.a.w., “Perempuan itu aurat, maka apabila ia keluar mendongak syaitan memandang akan dia.”

5. Haram bagi wanita melihat lelaki sebagaimana lelaki haram melihat wanita yang halal nikah (kecuali dalam urusan menuntut ilmu dan berjual beli).

6. Diriwayatkan bahawa pada suatu hari ketika Rasulullah s.a.w. bersama isteri-isterinya (Ummu Salamah r.ha. dan Maimunah r.ha.), datang seorang sahabat yang buta matanya (Ibnu Maktum) Rasulullah s.a.w. menyuruh isteri-isterinya masuk ke dalam. Bertanya Ummu Salamah, “Bukankah orang itu tidak dapat melihat kami, Ya Rasulullah ?” Rasulullah s.a.w. menjawab, “Bukankah kamu dapat melihatnya.”

7. Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaan berhias (bukan untuk suami dan mahramnya) adalah seumpama gelap-gelita pada hari Qiamat tiada Nur baginya.

8. Mana-mana wanita yang bermasam muka menyebabkan tersinggung suaminya, maka wanita itu dimurkai Allah sehingga ia bermanis muka dan tersenyum mesra pada suaminya.

9. Tidak boleh seorang isteri mengerjakan puasa sunat kalau suaminya ada di rumah serta tidak mengizinkan dia berpuasa.

10. Hendaklah isteri berpuas hati (redha) dengan suaminya yang telah dijodohkan oleh Allah, sama ada miskin atau kaya.

11. Perempuan tidak berhak keluar dari rumahnya melainkan jika terpaksa(kerana sesuatu urusan yang mustahak) dan ia juga tidak berhak melalui jalan lalu lalang melainkan di tepi-tepinya.

12. Apabila memanggil lelaki akan isterinya ke tempat tidur tetapi ditolaknya hingga marahlah suaminya, akan tidurlah wanita itu dalam laknat oleh malaikat ke pagi.

13. Wanita-wanita yang menggunakan lidahnya untuk menyakiti hati suaminya, ia akan mendapat laknat dan kemurkaan Allah, laknat malaikat juga laknat manusia sekalian.

14. Tidak harus seseorang manusia sujud kepada manusia dan jika diharuskan, maka akan aku perintahkan semua kaum wanita sujud pada suaminya kerana membesarkan dan memuliakan hak-hak suami mereka.

15. Wanita yang menyakiti hati suaminya dengan lidahnya pada hari Qiamat nanti Allah jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta kemudian diikat ke belakang lehernya.

16. “Aku lihat api neraka, tidak pernah aku lihat seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakan ahli neraka ialah wanita.” Rasulullah s.a.w. ditanyai, “Mengapa demikian Ya Rasulullah?” Jawab Rasulullah s.a.w. “Wanita mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan ehsannya. Jika engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia masih belum rasa berpuas hati dan cukup.”

17. “Kebanyakan ahli neraka adalah terdiri dari kaum wanita.” Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka, “Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir?” Jawab Nabi s.a.w. “Tidak, mereka ini ialah mereka yang tidak bersyukur akan nikmat suaminya, sesungguhnya tiap-tiap seorang kamu adalah dalam nikmat suaminya.”

18. Keadaan wanita 10 kali ganda seorang lelaki di dalam neraka dan 2 kali ganda seorang lelaki di dalam syurga.

19. “Kebanyakan wanita itu adalah isi neraka dan kayu api.” Hazrat Aishah bertanya, “Mengapa wahai Rasulullah s.a.w.?” Jawab Rasulullah s.a.w.:
Kerana kebanyakan perempuan itu tidak sabar dalam menghadapi kesusahan, kesakitan dan cubaan seperti kesakitan melahirkan anak, mendidik anak-anak
dan melayani suami serta melakukan kerja-kerja rumah.

Tiada memuji (bersyukur) di atas kemurahan Allah yang didatangkan melalui suaminya. (Jarang terdapat orang perempuan yang mahu mengucapkan terima kasih di atas pemberian suaminya.)
Sering mengkufurkan (ingkar) terhadap nikmat Allah. (Contohnya: Apabila berlaku sesuatu pertengkaran ada isteri yang berkata sudah 10 tahun kahwin dengan awak tidak ada apa-apa pun.)
Gemar bercakap perkara yang sia-sia yang berdosa. (Contohnya: Bercakap mengenai perabot-perabot rumah yang tidak perlu dan mengumpat.)
Kurang akal dan kurang ilmu pengetahuannya dalam agama iaitu mereka sering tertipu atau terpengaruh dengan pujuk rayu lelaki,rakan-rakan, alam sekeliling dan suasana serta kemewahan lahiriah.

20. Dari Ali bin Abi Talib r.a.: Aku dengar Rasulullah s.a.w. bersabda, “Tiga golongan dari umatku akan mengisi neraka jahanam selama 7 kali umur dunia. Mereka itu adalah:”

  1. Orang yang gemuk tapi kurus
  2. Orang yang berpakaian tetapi telanjang
  3. Orang yang alim tapi jahil
  4. Adapun yang gemuk tapi kurus itu ialah wanita yang sihat tubuh badannya tetapi kurang ibadat.
  5. Orang yang berpakaian tetapi telanjang ialah wanita yang cukup pakaiannya tetapi tidak taat agama.
  6. Orang yang alim tapi jahil ialah ulama yang menghalalkan yang haram kerana kepentingan peribadi.

21. Asma’ binti Karizah Fazari r.ha. diriwayatkan telah berkata kepada puterinya pada hari perkahwinan anaknya itu, “Wahai anakku, kini engkau akan keluar dari sarang di mana engkau dibesarkan. Engkau akan berpindah ke sebuah rumah dan hamparan yang belum engkau kenali. Itulah suami mu. Jadilah engkau tanah bagi suami mu (taat perintahnya) dan ia akan menjadi langit bagi mu (tempat bernaung).

Jadilah engkau sebagai lantai supaya ia dapat menjadi tiangnya. Jangan engkau bebani dia dengan berbagai kesukaran kerana itu akan memungkinkan ia meninggalkan mu. Kalau ia mendekatimu, dekatilah ia dan jika ia menjauhi mu maka jauhilah ia dengan baik. Peliharalah benar-benar suami mu itu akan hidungnya, pendengarannya, matanya dan lain-lain. Janganlah pula ia mendengar melainkan yang enak dan janganlah ia melihat melainkan yang indah sahaja pada dirimu.

22. Pesanan Luqman kepada anaknya, “Sepanjang hidupku, aku hanya memilih 8 kalimah dari pusaka para Nabi yang lalu iaitu:”


  1. Apabila engkau sedang solat kepada Allah SWT maka jagalah baik-baik fikiran mu.
  2. Apabila engkau berada di rumah orang lain, maka jagalah pandangan mu.
  3. Apabila engkau berada di tengah-tengah majlis maka jagalah lidah mu.
  4. Apabila engkau hadir dalam jamuan makan maka jagalah perangai mu.
  5. Ingat kepada Allah SWT
  6. Lupakan budi baik mu pada orang lain.
  7. Lupakan semua kesalahan orang lain terhadap mu.
  8. Ingat kepada mati.
23. Perkara-perkara yang menjadikan wanita itu derhaka kepada suaminya seperti tersebut di dalam kitab Muhimmah:

  1. Menghalang suami dari bersuka-suka dengan dirinya sama ada untuk jimak atau menyentuh mana-mana bahagian tubuhnya.
  2. Keluar rumah tanpa izin suami sama ada ketika suami ada di rumah atau pun tidak.
  3. Keluar rumah kerana belajar ilmu yang bukan ilmu Fardhu Ain.
  4. Dibolehkan keluar untuk belajar ilmu Fardhu Ain jika suaminya tidak mampu mengajar.
  5. Enggan berpindah (berhijrah) bersama suaminya.
  6. Mengunci pintu, tidak membenarkan suami masuk ke rumah ketika suami ingin masuk.
  7. Memasam muka ketika berhadapan dengan suami.
  8. Minta talak.
  9. Berpaling atau membelakangi suami ketika bercakap.
  10. Menyakiti hati suami sama ada dengan perkataan atau perbuatan.
  11. Meninggalkan tempat tidur tanpa izin.
  12. Membenarkan orang lain masuk ke dalam rumah sedangkan ia tidak disukai oleh suaminya.
24. Wajib bagi wanita:
  1. Mengekalkan malu pada suaminya.
  2. Merendahkan (menundukkan) mata ketika berpandangan.
  3. Mengikut kata-kata dan suruhannya.
  4. Dengar dan diam ketika suami berkata-kata.
  5. Berdiri menyambut kedatangannya.
  6. Berdiri menghantar pemergiannya.
  7. Hadir bersamanya ketika masuk tidur.
  8. Memakai bau-bauan yang harum untuk suaminya.
  9. Membersihkan dan menghilangkan bau mulut untuk suaminya.-Berhias ketika hadirnya dan tinggalkan hiasan ketika tiadanya.
  10. Tiada khianat ketika tiada suaminya.
  11. Memuliakan keluarga suaminya.
  12. Memandang pemberian suaminya yang kecil sebagai besar dan berharga.
Ketahuilah, syurga dan neraka bagi seorang wanita itu bergantung pada redha atau tidaknya suami padanya.

BIODATA & LATAR BELAKANG MUHAMMAD MORSI ISA' AL-AYYAT


Biodata & Latar Belakang

 Nama penuh beliau ialah Muhammad Morsi Isa' al-Ayyat. Dr. Mursi lahir pada 20 Ogos 1951 di Wilayah As-Syarqiyah, di sebuah perkampungan Al-Udwah. Beliau hidup dalam sebuah keluarga sederhana dan beragama, bapanya seorang petani dan ibunya seorang suri rumah. Berkahwin pada tahun 1978, mempunyai lima anak dan tiga cucu ini. Difahamkan kelima-lima orang anaknya adalah hafiz dan hafizah al-Quran, malah beliau sendiri dan isterinya juga adalah hafiz/hafizah al-Quran. Pengajian tinggi Dr. Mursi apabila beliau berpindah ke Kaherah dengan melanjutkan pendidikannya di Universiti Cairo dalam bidang Kejuruteraan pada tahun 1970 hingga 1975. Selepas itu, beliau memperoleh Sarjana dalam bidang Kejuruteraan Metalurgi di Universiti yang sama (Cairo) pada tahun 1978. Tahun yang sama beliau berangkat ke Amerika Syarikat untuk melanjutkan pelajarannya memperoleh Sarjana Kedoktoran, memperolehnya pada tahun 1982 di Universiti Southern California. Beliau dilantik untuk menjadi pensyarah di Universiti Southern California, kemudian menjadi pembantu Prof. di Universiti California-North Ridge. Setelah kembali dari Amerika Syarikat, beliau ditawarkan sebagai Profesor dan Ketua di Jabatan Fakulti Kejuruteraan Material pada tahun 1985 hingga tahun 2000 di Universiti Zaqaziq.

Dakwah dan Politik

 Dr. Mursi tidak hanya berkhidmat sebagai ahli akademik, malahan turut terjun ke gelanggang dakwah dan konsisten membela dan memperjuangkan keadilan dan kebebasan, menentang segala bentuk kezaliman dan kekejaman. Beliau yang aktif sebagai ahli Maktab Irsyad (Dewan Syura) Ikhwanul Muslimin ini, ikut bertarung dan terpilih sebagai ahli parlimen tempoh 2000-2005. Dan pada pilihanraya parlimen 2005, Dr. Mursi meraih suara terbanyak, mengalahkan musuh politiknya daripada Nasional Demokratic Party (NDP) parti Mubarak, namun keluar keputusan yang tidak berpihak, hingga dilakukan pemilihan semula yang memenangkan parti Mubarak. Permasalahan lain yang menjadi perhatian utamanya adalah berkaitan Palestin dan Al-Quds, sebagai permasalahan Umat Manusia yang mempunyai hati nurani, dan tidak hanya permasalahan Bangsa Palestin sahaja, tapi menjadi permasalahan bersama umat Islam. Dr. Mursi terpilih sebagai ahli Majlis Penentangan Terhadap Zionisme di Wilayah Syarqiyah. Selain itu, Dr. Mursi juga terlibat sebagai pengasas Jawatankuasa Mesir Menentang Projek Zionisme. Dr. Muhammad Mursi sangat terkenal dalam bidang akademik melalui pelbagai kajian dalam bidang industri yang menyentuh pengeluaran hasil bumi Mesir, malah mempunyai puluhan kajian dalam menyelesaikan kajian permukaan logam yang dianggap sebagai bidang utama kepakarannya, sehingga kajiannya diiktiraf oleh NASA pada tahun sekitar lapan puluhan yang lalu.

Penjara dan Penangkapan

 Dr. Mursi antara pendakwah yang bergiat cergas dalam Jemaah Ikhwanul Muslim, perjuangan, pengorbanan, diri, jiwa dan harta telah diwaqafkan dalam jalan dakwah. Sedar dengan akibat yang akan hadapinya, melawan kezaliman rejim dan sistem kezaliman, penjara, pengusiran, dan sebagainya, adalah istilah yang tidak pernah lepas dari benak para pejuang. Sikapnya yang terus menentang tindakan dan perilaku rejim zalim, menyebabkan beliau berkali-kali ditangkap. Selepas terjadinya pemalsuan parlimen pada pemilihan tahun 2005, Dr. Mursi menjadi tulang belakang dalam melakukan demonstrasi dan menyokong kehakiman yang bebas. Akibatnya, pada tarikh 18 Mei 2006 beliau ditangkap bersama 500 orang anggota Ikhwanul Muslimin di depan bangunan Mahkamah Cairo dan bangunan mahkamah Al-Jala di ibu negara Cairo, dan menghuni jeriji besi selama 7 bulan. Dr. Mursi juga pernah ditangkap bersama-sama dengan sebahagian besar pimpinan Ikhwanul Muslimin yang lain, pada hari Jumaat pagi, yang terkenal sebagai Jumaat Amarah (Jumaat Al-Gadhab), 28 Januari 2011 supaya tidak terlibat dengan demonstrasi. Tidak hanya beliau yang dizalimi, keluarganya turut menjadi sasaran penangkapan, anaknya Dr. Ahmad ditangkap di saat Dr.Muhammad Mursi mencalonkan diri pada pemilihan tahun 2000. Setelah prestasinya dalam politik selama lima tahun, Majlis Syura Ikhwanul Muslimin memilihnya sebagai anggota Maktab Irsyad, dan pasca Revolusi Mesir. Majlis Syura Ikhwanul Muslimin memilihnya sebagai Presiden Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) iaitu sebuah parti yang ditubuhkan oleh Ikhwanul Muslimin. Perlu diungkapkan kembali bahawa Ikhwanul Muslimin selama lebih kurang 80 tahun berjuang demi sebuah keadilan dan kebebasan. Selama itu pula mereka ditindas dan dizalimi. Telah banyak jiwa dan darah yang mengalir sepanjang jalan dan langkahan dakwah mereka bermula dari pengasasnya Assyahid Imam Hassan Al Banna, yang syahid terbunuh secara misteri, malah saat kematian dilayan dengan keji oleh pemerintah disusuli Sayyid Qutub, Muhammad Al- Farigili, Abdul Qadir Audah, hingga As-Syahid Nashir Uwais, dia antara pemuda Ikhwan yang syahid pada Revolusi 25 Januari 2011.

Ucapan pertama Presiden Dr.Muhammad Mursi

 "Saya telah diberi kuasa memerintah kamu, tetapi saya tidak terbaik dari kalangan kamu. Jika saya berbuat baik, maka bantu lah saya dan jika saya lakukan kesalahan, perbetulkanlah saya, serta taatlah kamu kepada aku selagi aku taat kepada Allah dan Rasul-Nya, tetapi jika aku menderhaka kepada Allah atau RasulNya, kamu berhutang kerana saya tidak taat. " yang baru, adalah seperti ucapan yang sama pertama kali apabila Abu Bakr r.a menjadi khalifah. Ya Allah, berikan dia & kita ikhlas, menjadikan perkataan beliau & kita kepada tindakan, dan memberikan semua pemimpin negara kita yang benar! Tahukah Anda? Dr Muhammad Mursi, pemimpin negara ke-2 dalam dunia moden kini yang menghafal 30 juzuk Al-quran selepas Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyah. Hebat!

Biografi Ringkas Sheikh Ahmad Deedat


 
 AHMAD HUSSEIN DEEDAT 

 Ahmad Hussein Deedat dilahirkan pada 01hb Julai 1918 di Surat, India. Beliau lahir di dalam sebuah keluarga yang miskin. Pada tahun 1927, beliau berasal dari keluarga yang miskin. Beliau telah berhijrah ke Afrika Selatan pada tahun 1927 iaitu pada ketika berusia 9 tahun untuk tinggal bersama-sama ayahnya. Di sebabkan oleh masalah kemisikinan beliau tidak mampu mendapatkan pendidikan formal sebagaimana kanak-kanak yang lain. Pada usia sembilan tahun, beliau mula belajar bahasa inggeris secara formal dan berjaya menjadi pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik. Oleh kerana kesempitan hidup, beliau terpaksa bekerja pada usia 16 tahun di sebuah kedai yang menjual buku-buku agama dan pada tahun 1936 berlakulah satu peristiwa yang mengubah kehidupannya dimana sekumpulan pelatih missionary kristian menghinanya kerana beragama Islam. Penghinaan yang dilontarkan kepadanya menjadikan beliau bertambah bersemangat untuk berdebat jika bertemu lagi dengan mereka pada masa hadapan. Dengan izin Allah beliau telah menemui sebuah buku yang bertajuk Izharal-Haq yang menerangkan teknik-teknik yang digunakan oleh orang Islam India bagi menghadapi missionary kristian di India. Buku tersebut telah menjadi inspirasi kepada beliau untuk berhadapan dengan misionari Kristian yang datang ke tempat beliau bekerja. Daripada buku inilah beliau mempelajari teknik berdebat dan seterusnya beliau telah membeli kitab injil kristian dan mengkaji isi kandungannya. Usaha gigih dan ikhlas beliau ini telah berjaya mematahkan setiap hujah oleh para pelatih misionari kristian. Lama-kelamaan beliau bukan sahaja berjaya berdebat dengan para pelatih, bahkan misionari dan paderi juga berasa bimbang dan digeruni dengan kebolehan berdebat dan pengetahuan beliau mengenai kristian. Pada tahun 1942 iaitu pada ketika beliau berusia 24 tahun, beliau telah mula bersyarah kepada orang ramai dimana mereka yang mendengar ceramahnya hingga ribuan orang dan semenjak itu beliau telah menghadiri ribuan majlis di seluruh dunia di dalam menyampaikan ceramahnya. Sebagai seorang sarjana dalam bidang perbandingan agama, beliau bukan sahaja menyampaikan ceramah-ceramah umum, malah beliau juga telah mengajar kelas yang mengkaji kandungan kitab injil. Di samping itu beliau juga telah menulis buku di dalam pekbagai topik dan buku beliau yang terkenal adalah “The Choice”. Deedat dan beberapa rakannya telah menubuhkan Islamic Propagation Center International bagi tujuan dakwah dan di atas sumbangan beliau ini, beliau telah dikurniakan Anugerah King Faisal pada tahun 1986 iaitu pada ketika beliau berumur 68 tahun. Pada bulan Mei 1996 beliau telah menderita penyakit lumpuh selama 9 tahun setelah mengalami serangan strok dan telah meninggal dunia pada bulan Ogos 2005 ketika berumur 78 tahun di rumahnya di Verulam, Afrika Selatan. Semoga Allah merahmati roh beliau, Amin.

KEBIJAKSANAAN SYEIKH AHMAD DEEDAT MENANGANI SYIAH..

SEJARAH SADDAM HUSSIN MEMBUNUH PUAK SYIAH !!!


Dulu kita tak faham kenapa Saddam Hussain banyak bunuh rakyat Iraq. Kenapa Saddam Hussain sembelih ribuan rakyatnya sendiri. Rupanya kerana mereka adalah syiah. Kita salah faham kepada Saddam kerana media putar belit dek telunjuk yahudi israel dan amerika. Masa tu kita hanya ada TV dan surat khabar sebagai agent berita. Zaman tu myspace/friendster yg poyo, fesbuk tak popular lagi. Saddam sudah tahu akan bahayanya syiah ini. Beliau sudah nampak ancamannya, maka beliau ambil tindakan menghapuskan etnik syiah yang makin ramai yg imigrasi dari Iran. Bertepatan dengan hadis nabi yang diriwayatkan dari Saidina Ali, nabi kata kalau jumpa golongan Rafidhah ini, maka bunuhlah mereka. Jadi nabi pesan suruh bunuh sebab nabi tahu mereka akan bawa kerosakan. Akhirnya terbukti sekarang kebangsatan syiah di Syria, Lubnan dan Iraq. Iraq diperangi kerana Saddam "diktator yg zalim", siapa yang report begitu pada PBB? Iran. Siapa yg bagi lapangan terbang digunakan tentera amerika? Iran. Siapa yang bagi ruang lautnya dan pelabuhannya digunakan amerika? Iran. Sekarang anda baru tahu dan baru sedar, bukan? Ketahuilah beberapa ulama ASWJ di tanah arab mengisytiharkan Saddam mati dalam husnul khatimah.

Rabu, 28 November 2012

AWEK MELAYU SENDAT PUN KENAL USTAZ AZHAR IDRUS ?


                     Tolong SHARE post ini. Moga anda mendapat pahala. Amin.


Ustaz Azhar Idrus, siapa yang tidak kenal ? Wanita-wanita Melayu baju sendat tak pakai tudung pun ramai yang kenal dengan Ustaz Azhar Idrus. Mereka suka benar dengan potongan kata ustaz apabila menerangkan tentang hukum nikah kahwin dan hidup berpasangan. Boleh dilihat di wall-wall mereka berbalas-balas komen sesama rakan baju sendat tidak bertudung lain dengan penuh keyakinan dan kononnya dengan kefahaman tentang Islam. Sangat suka benar mereka pada topik sebegini. Jika mereka benar-benar mengikuti tazkirah Ustaz Azhar Idrus, mereka seWAJIBnya tahu satu 'quote' yang sangat popular yang menyentuh adab berpakaian wanita Islam.


















Takkan golongan wanita Melayu baju sendat tidak bertudung ini tidak tahu menahu mengenai pesanan penting dari Ustaz Azhar Idrus ini.  Rata-rata wanita Melayu ini  memiliki beralbum-album gambar peribadi di Facebook yang banyak foto-foto berpakaian ketat sendat dan tidak bertudung di dalamnya. Apakah mereka tidak mengambil pengajaran dari pesanan ustaz tersebut ? Atau mereka memilih kata-kata ustaz yang menarik pada nafsu dan telinga mereka sahaja ?

Bila bab nikah kahwin, bab suami pilihan terbuka luas telinga mereka.
Bila bab aurat dan adab berpakaian Muslimah terus pekak telinga mereka.

SUAMI ISTERI PELUK-PELUK DI TEMPAT AWAM, BENARKAH TIDAK SALAH ?




A: Apa hukum lelaki perempuan peluk-peluk tapi tak kahwin ?
B:  Dosa la, sebab hukumnya Haram.
A: Tapi, kalau lelaki perempuan tu dah kahwin ?
B: Dah kahwin tak apa la...dah laki bini..nak peluk-peluk suka hati la..

A: Apa kau rasa kalau kau nampak couple Melayu peluk-peluk di public ?
B: Confirm aku menyampah ! Terang-terang buat maksiat depan orang ramai !
A: Kalau pasangan Melayu yang dah kahwin peluk-peluk di public ?
B: Dah kahwin tak apa la...dah laki bini..nak peluk-peluk suka hati diorang la..
A: Hmm...betul ke perbuatan tu tidak salah...?

A: Sekarang, bayangkan kau seorang pegawai pencegah maksiat dan ada undang-undang Islam tempatan menyatakan bahawa lelaki perempuan Islam yang berkelakuan tidak sopan menyerupai maksiat di tempat awam boleh diminta menunjukkan sijil/kad nikah. Katakan, satu hari kau dan rakan pasukan terserempak seorang lelaki muda Melayu sedang memeluk intim pinggang perempuan di sebelahnya, adakah kau akan pergi dan menahan pasangan tersebut untuk meminta sijil/kad nikah ?
B: Errr....mungkin...mungkin aku akan minta mereka tunjukkan...sebab aku tak tahu mereka sudah nikah atau belum ? Keadaan mereka meragukan...
A: Sekarang kau nampak tak apa salahnya....?
B: Ooo...berpelukan antara lelaki perempuan di public boleh menimbulkan fitnah..!!Walaupun sudah berkahwin tetapi berpelukan intim di public boleh menyebabkan rasa syak wasangka negatif pada mata orang ramai yang memandang, lalu boleh menjatuhkan maruah dan air muka pasangan suami isteri terbabit...
A: Tahu takpe...

PANDUAN MENGELAK DILABEL SEBAGAI PELACUR



|
|
|
|
|
ada betulnya...

KONON BUSANA MUSLIMAH TETAPI SENDAT MELEKAT DI BADAN

Jumaat, 2 November 2012

MUSTAFA KAMAL ATATURK




SEBUAH NOVEL SEJARAH YANG WAJIB DIBACA OLEH SEMUA GOLONGAN..SEJARAH KEJATUHAN KERAJAAN ISLAM YANG TERAGUNG PADA SATU MASA DAHULU IAITU KHALIFAH UTHMANIYAH YANG DITUMBANGKAN  OLEH MANUSIA BERNAMA "MUSTAFA KAMAL ATATURK" BANGSA YAHUDI DUMAMAH.BERMULANYA ERA TAKLUKKAN SECARA HALUS DARI PUAK YAHUDI DAN BARAT KE ATAS NEGARA ISLAM,TERMASUK LAH NEGARA KITA..BACA DAN FAHAMI..ALLAHUAKHBAR!!

SHEIKH MUHAMMAD ALI AL-SABUNI : 3 SEBAB NEGARA SYIRIA LEBIH DIUTAMAKAN DARI PALESTINE UNTUK JIHAD

ISU SEBENAR YANG BERLAKU DI SYRIA  Isu sebenar yg berlaku di Syiria.. kedatangan Ulama' Sunnah Syiria, Sheikh Muhammad Ali al-Sabuni di...