Oh ! Sangat tidak suka melihat jubah Muslimah yang dijahit mengikut potongan badan.
Masih relevenkah untuk kita panggil jubah kalau ianya sendat..ketat..dan melekat di badan ?
(Pendapat Ustaz Azhar Idrus mengenai isu Jubah Sendat)
Dikatakan bahawa jubah itu pakaian menutup aurat iaitu semua aurat termasuk urat-urat tersembunyi di sebalik kain jubah. Sekarang ini sudah terbalik. Pereka fesyen busana Muslimah sudah semakin ghairah mencipta fesyen jubah yang bukan-bukan. Apa manafaatnya kalau pakai jubah tapi garis tali coli tersembul atau garisan seluar dalam jelas kelihatan apabila berdiri dan berjalan.
Tujuan asal jubah adalah untuk meminimum dan menghalang kesan seksual dari aurat tubuh wanita ke atas pandangan nafsu syahwat kaum lelaki yang melihat. Tetapi, apa gunanya lagi, jika Jubah pun sudah mula disendat dan dicampurkan elemen kebaya dalam rekaannya. Apa maknanya jubah Muslimah sekiranya lelaki boleh terangsang nafsu apabila melihatnya ?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan