Kita tidak perlu malu meniru bangsa
lain, jikalau kita semak bersama point-point di bawah sebenarnya dalam diri
bangsa sudah ada pada kita hanya pada sekarang ini tanpa kita sedari sedang
tenggelam oleh keangkuhan dan dihanyutkan dengan budaya kebendaan. MALAHAN
HAMPIR SEMUA AMALAN INI ADALAH AKHLAK YANG PERLU DI MILIKI OLEH ORANG ISLAM.
Berikut 10 resepi maju yang patut
kita contohi dari tingkahlaku orang Jepun, dan 10 point yang sudah hilang dari
bangsa kita ini.
1. KERJA KERAS
Sudah menjadi rahsia umum bahawa
bangsa Jepun adalah pekerja yang rajin. Secara purata jam kerja pegawai di
Jepun adalah 2450 jam/tahun, sangat tinggi dibandingkan dengan Amerika (1957
jam/tahun), Britain (1911 jam/tahun), Jerman (1870 jam/tahun), dan Perancis
(1680 jam/tahun). Seorang pekerja di Jepun dapat menghasilkan sebuah kereta
dalam masa 9 hari, sedangkan pekerja di negara lain memerlukan 47 hari untuk
membuat kereta yang bernilai sama. Seorang pekerja Jepun boleh dikatakan boleh
melakukan pekerjaan yang biasanya dikerjakan oleh 5-6 orang. Pulang cepat
adalah sesuatu yang boleh dikatakan “agak memalukan” di Jepun, dan menandakan
bahawa pegawai tersebut termasuk “yang tidak diperlukan” oleh perniagaan. Di
kampus, professor juga biasa pulang malam (secara tepat pagi), membuat
mahasiswa tidak mahu pulang cepat. Fenomena Karoshi (mati kerana kerja keras)
mungkin hanya ada di Jepun. Sebagian besar orang lama Jepun menyebutkan bahawa
dengan kerja keras inilah sebenarnya kebangkitan dan kemakmuran Jepun boleh
tercapai.
2. MALU
Malu adalah budaya sopan dan turun
temurun bangsa Jepun. Harakiri (bunuh diri dengan menusukkan pisau ke perut)
menjadi ritual sejak era samurai, iaitu ketika mereka kalah dalam pertempuran.
Masuk ke dunia moden, wacananya sedikit berubah ke fenomena “mengundurkan diri”
bagi para pejabat (menteri, politikus, dsb) yang terlibat masalah rasuah atau
merasa gagal menjalankan tugasnya. Kesan negatifnya mungkin adalah pelajar yang
kadang-kala membunuh diri, kerana keputusan peperiksaan yang buruk atau tidak
naik kelas. Kerana malu jugalah, orang Jepun lebih suka beratur daripada
memotong barisan semasa beratur. Mereka secara automatik membentuk barisan
dalam setiap keadaan yang diperlukan seperti pembelian ticket, masuk ke stadium
untuk menonton bolasepak, menaiki bas, bahkan untuk menggunakan tandas awam.
Mereka beratur rapi menunggu giliran. Mereka malu terhadap orang sekeliling
apabila mereka melanggar peraturan ataupun norma yang sudah menjadi amalan
umum.
3. HIDUP BERJIMAT
Orang Jepun memiliki semangat hidup
berjimat dalam keseharian. Sikap anti konsumerisme berlebihan ini nampak dalam
berbagai bidang kehidupan. Kebanyakan orang Jepun ramai belanja di supermarket
pada sekitar jam 19:30. Ini kerana sudah menjadi perkara yang biasa bahawa
supermarket di Jepun akan memotong harga sampai separuh pada waktu sekitar
setengah jam sebelum tutup. Seperti diketahui bahawa Supermarket di Jepun
rata-rata tutup pada pukul 20:00. Contoh lain adalah para suri rumah rela
menaiki basikal menuju ke kedai sayur agak jauh dari rumah, hanya kerana lebih
murah 20 atau 30 yen. Banyak keluarga Jepun yang tidak memiliki kereta, bukan
kerana tidak mampu, tapi kerana lebih berjimat menggunakan bas. Ruangan pemanas
di rumah Jepun pun menggunakan minyak tanah yang berbau, padahal sudah cukup
dengan Aircond yang ada mode dingin dan panas. Alasannya ternyata satu, minyak
tanah lebih murah daripada elektrik. Professor Jepun juga terbiasa menaiki
basikal tua ke kampus, bersaing dengan mahasiswa-mahasiswanya.
4. SETIA
Setia membuat sistem karier di
sebuah perniagaan berjalan dengan rapi. Sedikit berbeda dengan sistem di
Amerika dan Eropa, sangat jarang orang Jepun yang bertukar-tukar kerja. Mereka
biasanya bertahan di satu atau dua perusahaan sampai pencen. Ini mungkin
implikasi dari Industri di Jepun yang kebanyakan hanya mahu menerima fresh
graduate, yang kemudian mereka latih dan didik sendiri sesuai dengan bidang
(core business) perusahaan. Bandar Hofu mungkin sebuah contoh yang nyata. Hofu
dulunya adalah bandar industri yang ketinggalan dengan penduduk yang terlalu
padat. Kesetiaan penduduk untuk tetap bertahan (tidak pergi ke luar bandar) dan
punya komitmen bersama untuk bekerja keras siang dan malam akhirnya mengubah
Hofu menjadi bandar yang maju dan moden. Bahkan pada masa sekarang menjadi
bandar industri terbaik dengan pengeluaran kendaraan mencapai 160,000 setahun.
5. INOVASI
Jepun bukan bangsa pembuatan, tapi
orang Jepun mempunyai kelebihan dalam mengubah penemuan orang lain dan kemudian
memasarkannya dalam bentuk yang diminati oleh masyarakat. Menarik membaca kisah
Akio Morita yang mengembangkan Sony Walkman. Cassete Tape tidak ditemukan oleh
Sony, patennya dimiliki oleh perniagaan Phillip Electronics. Tapi yang berhasil
mengembangkan dan mengubah model portable sebagai sebuah produk yang meletup
selama puluhan tahun adalah Akio Morita, founder dan CEO Sony pada masa itu.
Sampai tahun 1995, tercatat lebih dari 300 model walkman lahir dan jumlah total
produksi mencapai 150 juta produk. Teknik kendaraan roda empat juga bukan
diciptakan orang Jepun, patennya dimiliki orang Amerika. Tapi ternyata Jepun
dengan inovasinya dapat mengembangkan industri kendaraan yang lebih cepat dan
murah. Kereta yang dihasilkan juga relatif lebih murah, ringan, mudah dipandu,
mudah dibaiki dan lebih jimat bahan bakar. Perusahaan Matsushita Electric yang
dulu terkenal dengan sebutan “maneshita” (peniru) punya legenda sendiri dengan
mesin pembuat rotinya. Inovasi dan idea dari seorang engineernya bernama Ikuko
Tanaka yang berinisiatif untuk meniru teknik pembuatan roti dari cheef di Osaka
International Hotel, menghasilkan karya mesin pembuat roti (home bakery)
berjenama Matsushita yang kemudian semakin terkenal.
6. PANTANG MENYERAH
Sejarah membuktikan bahawa Jepun
termasuk bangsa yang tahan banting dan pantang menyerah. Puluhan tahun dibawah
kerajaan Tokugawa yang menutup semua akses ke luar negeri, Jepun sangat
tertinggal dalam teknologi. Ketika pemulihan Meiji (meiji ishin) datang, bangsa
Jepun cepat beradaptasi dan menjadi fast-learner. Kemiskinan sumber daya alam
juga tidak membuat Jepun menyerah. Tidak hanya menjadi pengimport minyak,bijih
besi dan kayu, bahkan 85% sumber tenaga Jepun berasal dari negara lain.
Rentetan bencana terjadi di tahun 1945, dari peristiwa bom atom di Hiroshima
dan Nagasaki, disusul dengan kekalahan Jepun dalam perang, dan ditambahi dengan
adanya gempa bumi besar di Tokyo. Ternyata Jepun tidak habis. Dalam beberapa
tahun berikutnya Jepun sudah berhasil membangun industri automotif dan bahkan
juga keretapi laju (shinkansen) . Mungkin cukup menakjubkan bagaimana
Matsushita Konosuke yang perniagaannya hancur dan hampir tersingkir dari
perniagaan peralatan elektronik di tahun 1945 masih mampu merangkak, bermula
dari kosong untuk membangun industri sehingga menjadi empayar ampuh terkini.
Akio Morita juga awalnya menjadi bahan ketawa orang ketika menawarkan produk
Cassete Tapenya yang kecil ke berbagai negara lain. Tapi akhirnya menjadi
legenda dengan dengan Sony Walkmannya. Yang Cukup unik bahawa ilmu dan teori
dimana orang harus belajar dari kegagalan dibuat formula di Jepun dengan nama
shippaigaku (ilmu kegagalan).
7. BUDAYA BACA
Jangan terperanjat kalau anda datang
ke Jepun dan masuk ke densha (kereta elektrik), sebahagian besar penumpangnya
baik anak-anak maupun dewasa sedang membaca buku atau surat khabar. Tidak
peduli duduk atau berdiri, ramai yang memanfaatkan waktu di densha untuk
membaca. Ramai penerbit yang mula membuat komik manga untuk mengisi di
kurikulum sekolah. Pelajaran Sejarah, Biologi, Bahasa, dsb disajikan dengan
menarik yang membuat minat baca masyarakat semakin tinggi. Budaya membaca orang
Jepun juga didukung oleh kecepatan dalam proses penerjemahan buku-buku asing
(Bahasa Inggeris, Perancis, Jerman, dsb).
8. KERJASAMA
Budaya di Jepun tidak terlalu
membuat kerja yang terlalu bersifat individualistik.Termasuk dalam menghasilkan
pekerjaan, biasanya dengan hasil kerja berkumpulan tersebut. Fenomena ini tidak
hanya di dunia kerja, keadaan kampus juga seperti itu, mengerjakan tugas
assignment biasanya juga dalam bentuk berkumpulan. Kerja dalam kumpulan mungkin
salah satu kekuatan terbesar orang Jepun. Ada pepatah yang mengatakan bahawa
“Seorang professor Jepun akan kalah dengan seorang professor Amerika, tetapi 10
orang professor Amerika tidak akan dapat mengalahkan 10 orang professor Jepun
yang berkumpulan”. Mesyuarat atau muafakat atau sering disebut dengan “rin-gi”
adalah ritual dalam kumpulan. Keputusan strategi harus dibincangkan dalam
“rin-gi”.
9. BERDIKARI
Sejak usia kecil, anak-anak dilatih
untuk berdikari.Di Jepun setiap kanak-kanak dilatih untuk membawa perlengkapan
sendiri, dan bertanggung jawab terhadap barang miliknya sendiri. Semasa di
kolej hampir sebagian besar tidak meminta belanja daripada ibu bapa mereka.
Mereka membuat kerja part time untuk belanja sekolah dan kehidupan sehari-hari.
Kalaupun kehabisan wang, mereka “meminjam” wang kepada ibu bapa mereka yang
nantinya mereka memulangkan di bulan berikutnya.
10. JAGA TRADISI
Perkembangan teknologi dan ekonomi,
tidak membuat bangsa Jepun kehilangan tradisi dan budayanya. Budaya perempuan
yang sudah menikah untuk tidak bekerja masih ada dan hidup sampai sekarang.
Budaya minta maaf masih menjadi budaya orang Jepun.Sehingga zaman sekarang
orang Jepun relatif menghindari berkata “tidak” untuk apabila mendapat tawaran
dari orang lain. Pertanian merupakan tradisi dan aset penting di Jepun.
Persaingan keras kerana adanya beras Thailand dan Amerika yang murah, tidak menyurutkan
langkah pemerintah Jepun untuk melindungi para petaninya.
Mungkin seperti di atas 10 resepi
berjaya yang dapat dirangkumkan. Bangsa Melayu mempunyai hampir semua resepi
orang Jepun diatas, hanya mungkin kita belum mengasahnya dengan baik.
Kita yakin ada faktor “kesilapan
teknik” yang membuatkan kita agak ketinggalan dalam teknologi dan ekonomi. Mari
kita bersama mencari solusi untuk pelbagai masalah dewasa ini. Kita juga harus
tetap mahu belajar dan menerima kebaikan dari siapapun, yang baik kita ikut
tapi yang buruk kita hindari.