Khamis, 11 Oktober 2012

KISAH ANAK MENEGUR EMAK PAKAI LEGGINGS KETAT DI SHOPPING COMPLEX



KES EMAK PAKAI LEGGINGS

Anak:
 Mama, kenapa mama pakai seluar ketat..? Tak baik tau mama..!

Mak: Ketat...? Mana ada mama pakai seluar ketat ?

Anak: Mama ni...dari jauh pun orang dah boleh nampak seluar mama ketat. Ustaz sekolah adik cakap orang perempuan Islam berdosa pakai ketat-ketat tayang kat orang tau mama..

Mak: Ketat sikit je tak salah...

Anak: Ini bukan ketat sikit ni mama...seluar mama ni ketat sangat-sangat...boleh nampak bentuk kaki lagi...macam tak pakai ape-ape..

Mak: Pakai ketat tak apa asalkan tutup aurat ! Sudah tu, jangan cakap benda ni lagi..

Anak: Kaki mama serupa telanjang, tutup aurat ke tu mama..? Sekolah agama mana mama belajar dulu..?

Mama: Ish...budak ni nak kena penampar ni..!

PEREMPUAN MELAYU LIBERAL PAKAI LEGGINGS KETAT DI KHALAYAK RAMAI




Perempuan Islam bukannya tak boleh langsung pakai leggings...
BOLEH...tetapi biarlah kena pada tempat dan tujuannya..

Pakailah leggings..
  1. Semasa bersama suami di bilik tidur (jika berbogel terus itu membosankan)
  2. Semasa berada di dalam rumah atau bilik sendiri.
  3. Semasa tidur di bilik (sebagai seluar tidur)
  4. Semasa naik motosikal (diharuskan bagi wanita yang pakai kain, melindungi dari ternampak betis)
  5. Semasa kelas senamrobik yang disertai wanita sahaja ( tiada lelaki )
  6. Semasa di kolam renang sesama wanita sahaja ( tiada lelaki )
  7. Sebagai alternatif 'kain dalam' (mengelakkan ternampak betis ketika pergerakan agresif)
Yang paling penting ialah..
BERDOSA jika jadikan leggings nipis dan ketat sebagai SELUAR UTAMA atau PAKAIAN KASUAL dan ditayang di khalayak ramai.

MELAYU PAKAI LEGGINGS GEDIK MENGADA-NGADA !



Habis tu..?
Kenapa sengaja pakai leggings ketat depan orang ramai...?
Nak tayang apa...? Betis...? Peha....?
Gedik betul....!!

HENTIKAN BERTUDUNG SAMBIL BERLEGGINGS !



Tudung....PAHALA,
Seluar sendat....DOSA,
Mana satu yang awak nak sebenarnya ?
Kalau nak berLEGGINGS !
Baik buang je tudung tuuuu....!!
Mencemarkan..!!

SAYA PAKAI LEGGINGS, SAYA BUKAN TELANJANG OK !


Perempuan yang yakin apa yang dipakainya mencerminkan AKHLAK..
Dia akan rasa malu memakai LEGGINGS selain di dalam rumahnya,

Perempuan yang percaya pakaian ala Pelacur tidak ada kena mengena dengan AKHLAK..
Dia akan rasa OK...menayang bentuk peha dan bontotnya depan orang ramai.

Jangan Pakai Leggings Di Tempat Awam Jika Tidak Mahu Disamakan Dengan Pelacur



Apa yang membezakan wanita Solehah dan wanita 'berimej seperti Pelacur' ?

Wanita Solehah memastikan.. 
Cantik, sendat dan seksi tubuhnya hanya untuk pandangan suaminya.
Wanita 'berimej seperti Pelacur' pula suka menayang-nayang... 
Cantik sendat seksi tubuhnya kepada jantan-jantan bukan suaminya !!!

SAYA BANGGA ISTERI SAYA PAKAI SELUAR KETAT!



Yang paling best bila memerhati..
Perempuan Melayu pakai Leggings ketat ni..
Suami 'perkasa' dia ada di sebelah..
Seluar punya ketat, nampak bentuk betis peha bini..
Suami relaxxxx je...buat tak kisah je..
Jantan luar 'stim' tengok bini dia pakai ketat..
Dia OK je..
Tahniah !

Sabtu, 17 Disember 2011

UPLOAD GAMBAR MANJA DALAM FACBOOK : SERONOK ATAU BALA ?

 

Sebelum saya memulakan entri ? Saya ingin mengajukan satu soalan.

Perempuan suka bila lelaki ghairah tengok dia. Betulkah ?
Reaksi penulis: "Bodohnya....jika dalam dunia realiti mereka harap sebegitu daripada lelaki-lelaki..."

Sekarang telah menular satu fenomena 'pemujaan diri sendiri' di kalangan anak-anak gadis Melayu Islam kita. Maksud mudahnya ialah kegemaran meng-upload gambar peribadi sendiri ke dalam laman sosial dan blog agar boleh dilihat ramai orang. Kadangkala gambar itu diselitkan pula kata-kata yang memuji kecomelan dan kecantikan diri sendiri. Berbekalkan wajah yang dianugerahkan Allah ayu dan cantik serta potongan badan yang memikat, mereka sedar akan ramai pengunjung terutamanya lelaki seronok menatap gambar mereka. Kesannya, anak-anak gadis ini rasa bangga diri dengan kecantikan fizikalnya. Akibatnya, mereka akan meng-upload lebih banyak gambar dengan aksi posing yang lebih memikat.



Malangnya, bagi anak-anak gadis Melayu Islam kita, trend 'pemujaan diri sendiri' adalah satu aktiviti suka-suka dan mendapatkan keseronokan semata-mata. Mereka tidak sedar akan bahaya apabila gambar-gambar cantik dan manja mereka di-upload secara bebas di ruang internet. Terdapat ramai lelaki gila seks, miang, mata keranjang dan stalker di luar sana yang setiap hari menyelongkar blog-blog kepunyaan perempuan dan akaun Facebook perempuan cantik, kemudian melihat foto-foto yang mencuci mata dan menaikkan nafsu mereka. Apabila mereka berminat dengan gambar-gambar tertentu, mereka akan 'save' ke dalam PC mereka untuk dilihat-lihat pada masa hadapan.

Ada akibat yang lebih teruk dan jijik dari itu semua. Majoriti lelaki mata keranjang ini kebarangkalian besar akan menggunakan gambar-gambar cantik, seksi dan manja anak-anak gadis Melayu Islam yang telah dicuri itu sebagai bahan rangsangan untuk *ber 'masturbasi'. Anda pasti tahu apa itu *'masturbasi', tidak perlu diterangkan. Bayangkan betapa murah dan hinanya harga diri anak-anak gadis dalam gambar yang telah dijadikan bahan cuci mata ini. Bagi lelaki-lelaki sedemikain, pakaian seksi tidak semestinya perlu, wajah yang comel dan lawa pun sudah cukup membuatkan mereka berfantasi liar.

Maka, berhati-hatilah. Blog ini hanya mampu menasihat.


* maaf, perkataan sedikit kesat
..........................................................

Stupidity #1

Pergi sekolah bertudung. Di tempat kerja pun bertudung. Kebanyakan masa dia bertudung
Apa yang bodohnya: Bila dalam bilik dia tanggal tudung, boring-boring dia pergi ambil kamera digital /kamera handphone, 'snap' gambar sendiri yang tak pakai tudung, lepas tu upload dalam Facebook atau blog peribadi. Dalam album online dia, secara sengaja telah memberi perbandingan percuma gambar dia bertudung dan tak bertudung, mana yang lebih cantik.

Stupidity #2

Allah memang anugerahkan dia rezeki muka yang lawa. Ditambah pula dengan susuk tubuh yang cantik. Rezeki halal untuk suaminya yang sah suatu hari nanti, (bukan untuk ditayang-tayangkan) . Apa yang bodohnya: Mentang-mentang dia tahu dia perempuan lawa dan dia perasan ramai lelaki minat tengok dia. Dia mula jadi GEDIK iaitu menunjuk-nunjuk tarikan kecantikan dan kewanitaannya agar lelaki-lelaki lebih berminat melihatnya. Dia berani pakai baju sendat, jeans sendat dan fesyen Mulismiah pelik, selepas itu posing dalam gaya yang manja dan kemudian upload gambar-gambar tersebut dalam Facebook atau blog peribadi supaya ramai orang dapat tengok.


Stupidity #3

Muka yang comel dan lawa Allah anugerahkan kepada dia. Ramai lelaki yang melihat memang akan terpersona. Pakaian dia tidaklah sendat dan seksi, tetapi masalah dia ialah gemar 'snap' gambar wajah sendiri yang comel cun itu dan upload ke dalam Facebook dan blog peribadi supaya ramai orang tengok. Lelaki-lelaki gila seks pun tengok muka juga, mereka memang suka yang cantik dan comel, yang hodoh mereka tak ingin. Awas !

Stupidity #4

Wanita Melayu Islam kategori ini adalah yang paling melampau dan juga paling hipokrit. Bertudung sebab nak pergi sekolah dan ke tempat kerja sahaja. Apa yang hipokritnya:Bila keluar jalan-jalan di bandar, dia buka tudung, pakai jeans sendat atau legging, baju sendat siap boleh nampak lurah buah dada. Pergi clubbing dan berparti sosial, lepas tu ambil gambar sendiri dalam keadaan begitu dan upload dalam Facebook dan blog peribadi supaya ramai orang tengok.


Stupidity #5

Lelaki dan perempuan jika sudah berkahwin sudah halal pegang-pegang dan peluk-peluk. Itu memang diakui. Apa yang bodohnya: Banyak kes, suami isteri berposing dalam keadaan manja bermesraan, pakaian si isteri tersayang pula sendat dan ketat di dalam baju persandingan, kemudian diambil gambar mereka. Jika untuk tatapan diri sendiri dan keluarga terdekat memang OK. Tetapi, ada juga pasangan yang gatal meng-upload gambar romantis mereka itu ke dalam Facebook dan blog. Kalau pakaian si isteri imej 'ala-ala alim agama', mungkin selamatlah, tetapi yang ini baju kain satin, potongan sendat dan jarang pula tu. Alamat, stalker curi dan kena fantasi lah !

Jika berbalik kepada Islam, Islam ternyata melarang wanita-wanita Islam bermegah-megah dengan daya tarikan seksual dan kecantikan yang mereka ada. Allah memberikan nikmat kecantikan wajah dan tubuh badan kepada wanita-wanita tertentu sebagai ujian kepada nafsu kaum lelaki dan juga ujian terhadap wanita-wanita terbabit. Ini kerana Allah mengarahkan wanita-wanita Islam agar memelihara aurat sepenuhnya dan memastikan kecantikan fizikal dirinya hanya dapat dinikmati dengan sangat seronok oleh lelaki yang halal baginya iaitu sang suami suatu hari nanti.

Menunjuk-nunjuk kecantikan, membawa padah pada harga diri sendiri.

Renung-renungkan. Selamat beramal.

BAHAYA UPLOAD GAMBAR KE FACEBOOK

















Peringatan buat wanita Melayu Islam:

Apabila anda meng-upload gambar comel@cun@manja@tak tutup aurat anda ke internet:

Sekali di upload ke internet dan tersebar, gambar tak boleh ditarik balik.
Gambar andar akan di layari, ditonton dan di-save ke dalam PC oleh lelaki-lelaki tidak dikenali yang mungkin di antaranya adalah pencabul, perogol atau kaki-Pornographi.
Gambar anda mungkin di-copy & paste ke dalam blog-blog atau Page yang dikhususkan untuk melepaskan nafsu seks lelaki.
Gambar anda mungkin digunakan sebagai material rangsangan untuk lelaki-lelaki tidak dikenali beronani.
Penulis sudah tegaskan berkali-kali bahawa amalan 'tabarruj' menunjuk-nunjuk kecantikan itu adalah dosa besar yang nyata banyak menyumbang kepada maksiat tidak langsung.Kenapa tidak ambil pengajaran ????

Antara komen dari forum yang saya petik mengenai isu ini:
sape suruh letak gambar seksi2 dalam laman sosial..dah ramai bg peringatan tp buat jugak
bile pikir2 balik,sape yg suh letak gambar cmtu kt internet ? kt internet ni mcm2 blh jadi.org bebas nk buat ape2.jadi sendiri tanggung la.skali gmbar korang dah ade kt dunia maya ni,selagi tu la die akan beredar dr 1 pc ke 1 pc yg lain. Korang xkan boleh buang punya dari internet.Percayalah. Jangan marah ye...


org yg upload picture tu la bengong


ANGGAP TUDUNG MACAM BISKUT CHIPSMORE






"Hish ! Panasnya hari ni....I rasa nak buka tudung je..! Ala...tak kisahlah ! Lelaki-lelaki dalam office ni semuanya kawan I, bukannya orang lain..! Buka je la...Tak pakai tudung tak bermakna yang I ni jahat...sorry ye, I dah tak tahan panas ni....It's hot in here...."

Lalu tudung yang dipakai si Wanita Melayu Islam itu dibuka tanpa mempedulikan rakan-rakan sekerja lelaki bukan Muhrim di dalam pejabatnya.

" Hish ! Dia ni...! Hormatlah sikit office ni. Kami di sini semua jenis pakai tudung. Suka-suka hati je dia sekejap pakai tudung...sekejap buka tudung. Memang lah hari panas ! Kami pun panas juga pakai tudung, tapi kami tetap pakai jugak sebab bertudung tu wajib, mana boleh main-main.." seorang rakan sekerja wanitanya berkata dalam hati.

"Hish ! Dia buat perangai dah ! Itulah, kalau sudah jenis yang biasa free hair, bertudung pun sebab trend fesyen je...bila tak minat pakai, dia buka...Dia tak fikir ke kami yang lelaki ni boleh tengok aurat rambut dia..? Aduh ! Lemahnya iman.." kata seorang rakan sekerja lelaki di dalam hati.

" Malulah sikit diri kau dengan wanita-wanita Islam di Somalia tu...di sana lagi panas, ditambah dengan kebuluran lagi, tetapi mereka tetap terus pakai tudung tutup aurat..."marah seorang lagi rakan lelaki di dalam hati.

RAGAM WANITA BILA DITEGUR SOAL AURAT FESYENNYA


Jika kamu baca yang ini...


**Sumber dari carian internet. Tak tahu spesific url.


Jangan lupa baca yang ini juga...


SHEIKH MUHAMMAD ALI AL-SABUNI : 3 SEBAB NEGARA SYIRIA LEBIH DIUTAMAKAN DARI PALESTINE UNTUK JIHAD

ISU SEBENAR YANG BERLAKU DI SYRIA  Isu sebenar yg berlaku di Syiria.. kedatangan Ulama' Sunnah Syiria, Sheikh Muhammad Ali al-Sabuni di...