Ahad, 20 Februari 2011

PAKAIAN SENDAT MENCEMARKAN IMEJ MUSLIMAH

Wahai Wanita, Jangan Amalkan Kesilapan Ini (Part 1)



Kesilapan besar:

Apa tujuan sebenar pakai hijab ? Apa tujuan pakai tudung ? Apa tujuan fesyen Muslimah ?
Sudah pastinya UNTUK MEMELIHARA AURAT bukannnya UNTUK KELIHATAN SEKSI ! Tudung sudah OK..! Apa pasal gatal sangat nak pakai skirt macam bukan Islam. Kononnya tak mahu nampak kaki, jadi ganti dengan memakai LEGGING hitam ketat. Hakikatnya, LEGGING ketat itu masih menampakkan bentuk betis yang sangat ketara. Ia ibarat betis yang telanjang.


Nasihat:
Pakailah blouse labuhhhh dengan tudung...
Tak payah menggatal nak pakai skirt...!
..................................................................................................



Kesilapan besar:

Sudah bergelar isteri orang. Sudah ada anak pun. Pergi jalan-jalan dengan family pakai tudung sudah OK...baju lapang pun sudah OK....masalahnya untuk bahagian bawah pakai LEGGING hitam yang ketat...!!
Mana boleh campur aduk pakaian tutup aurat dengan fesyen ketat-ketat wahai makcik ooiiii...!!

......................................................................................



Kesilapan besar:

Tudung sepatutnya dipadankan dengan pakaian lain yang menepati ajaran Islam BUKANnya dipadankan dengan baju T-Shirt sendat dan singkat. Lagi tak sesuai dan kurang ajar, jika tudung dipakai bersama seluar jeans ketat.

Nasihat:
Etika beragama dan soal maruah diri NO 1.....Soal kecantikan dan fesyen letak NO.2 kak ooii...
......................................................................................................



Kesilapan besar:

Wanita Melayu kerja pejabat di Malaysia ramai pakai style ketat sendat macam ni. Kain sudahlah jenis yang lembut...sendat di bahagian punggung pulak tu...Kemudian mereka pakai pula baju korporat yang pendek lagi kontot tak cover punggung. Kesannya, bagi sang lelaki tengok bentuk punggung mereka dengan percuma..

Nasihat:
Pakailah blouse yang labuhhhhhhhh...!!

................................................................................................................



Kesilapan besar:
Takkan tak tahu LEGGING itu fabriknya nipis, bila diregang menjadi jarang. Ketatnya pula tahap melampau. Warna pula sama dengan warna kulit atau putih. Bila dikenakan air, jadi basah....maka akan ternampaklah seluar dalam yang dipakai di dalam. Itupun nasib kalau pakai seluar dalam...

Takkan tak tahu, seluar dah basah lencun..? Takkan tak sedar seluar dalam sudah ternampak...? Kenapa tidak pergi tukarrrrr seluar mandi yang lebih tebal...?
Sengaja nak tayang lebih-lebih agaknya......Istighfar ! Istighfar !
..........................................................................................................



Kesilapan besar:
Gambar di atas adalah satu bentuk penghijrahan yang salah di sisi Islam. Hijrah haruslah berubah ke arah perkara yang betul mengikut syariah Islam. Contohnya, daripada tidak bertudung kepada 'imej bertudung dan menutup aurat', barulah betul. Bukannya daripada sudah elok bertudung dan berpakaian longgar kepada imej baru berbaju sendat dan memakai legging..???

Istighfar......

.......................................................................................................................




Kesilapan besar:
Memakai seluar jeans ketat, kemudian memakai T-shirt yang pendek@singkat iaitu tidak menutup hingga ke bahagian bawah punggung. Maka, akan ternampak jelaslah bentuk punggung mereka, walaupun mereka secara fizikalnya mereka berseluar.

Nasihat: 
Sebagai wanita Islam, setiap baju yang dipakai untuk keluar rumah haruslah labuh menutup ke paras bawah punggung.

...........................................................................................................................



Kesilapan besar:
Setelah bangkit dari duduk atau membongkok, sesetengah wanita lalai dan terlupa melabuhkan semula hujung bajunya. Kesan buruknya, akan ternampaklah bentuk punggung mereka di tempat awam. Akan tetapi, terdapat juga segelintir wanita gedik yang sengaja menarik hujung baju mereka ke atas untuk tujuan nampak punggung demi menarik perhatian lelaki. BENGONG.

Nasihat:
Terlupa ? Jangan terlupa...!! Baju mesti dilabuhkan semula setiap kali selepas duduk atau membongkok di mana sahaja.

Bertudung Tidak Semestinya Menutup Aurat (HOT !)

1. Baca ini dan fahami ini dahulu.
Sabda Rasulullah s.a.w. : 

"akan datang ummatku di akhir zaman terdiri dari kaum wanita yang mana mereka itu berpakaian dalam keadaan telanjang, di atas kepala mereka berbonggol-bonggol seperti belakang unta. mereka ini dilaknat oleh Allah dan tidak masuk mereka itu ke dalam syurga, serta tidak dapat menghidu baunya. dan sesungguhnya wangian syurga itu di dapati jarak perjalanan lima puluh ribu tahun perjalanan." (sokhih bukhori) 

2. Fikir dan ingat kembali wanita-wanita Melayu Islam baik muda atau tua yang pernah anda lihat di majlis-majlis kenduri kahwin hinggalah ke pusat membeli belah. Bagaimanakah pakaian mereka ? Pernah tak anda ternampak wanita Islam yang berpakaian seperti yang disebutkan di dalam sabda di atas ??

Sudah tentu ramai bukan ?? Begitulah wanita Islam akhir zaman.

..................................................................................................................

Golongan wanita Melayu Islam yang tidak risau, tidak takut dan tidak malu untuk tidak bertudung, memakai pakaian jarang, sendat dan ketat mempunyai beberapa alasan yang BENGONG untuk membolehkan cara berpakaian mereka diterima akal:

1. Tutup aurat semua, sudah pasti masuk syurga ke..? Kamu Tuhan ke..?
2. Tudung labuh pun buat dosa mengumpat orang. Walau kami pakai (seksi), hati kami baik...
3. Pakai jarang ke...ketat ke...itu hak kami. Kalau tak suka, (lelaki) jangan tengok..!!
4. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang pada individu yang memandang kami. Seksi itu subjektif..
5. Walau kami tak bertudung, kami tetap sembahyang dan puasa..
6. Salah ke kami pakai macam ni. Tutup aurat itu bagus. Tapi kami tak mahu jadi hipokrit. Ini adalah diri kami yang sebenar...
7. Suka hati kamilah pakai macam ni. Kami tidak ganggu hidup orang lain...
8. Apa yang kami buat (pakai) adalah antara kami dengan Tuhan..
9. Ini fesyen... tak salah mengikut fesyen...takkan kita mahu ketinggalan zaman..
10. Kami pakai (seksi) macam ni mengikut arahan photographer/ pengarah filem untuk menyesuaikan dengan scene..
11. Bukan kami tidak mahu menutup aurat, cuma masanya belum sampai lagi...tunggu dulu..


Apa macam ? BENGONG tak alasan-alasan wanita sebegini ?

......................................................................................................................

Satu fakta menarik yang perlu sentiasa diingat mengenai tubuh badan wanita. Renung-renungkan soalan-soalan ini.


1. Kenapa wanita sering dijadikan bahan ekploitasi seks di seluruh dunia ?
2. Kenapa wanita sering dikaitkan dengan simbol seks ?
3. Kenapa filem dan gambar lucah lebih memfokuskan kepada wanita ?
4. Kenapa Islam sejak dari dahulu sangat-sangat menjaga kehormatan tubuh badan wanita melalui konsep AURAT ?
5. Kenapa Hawa diciptakan untuk Nabi Adam ?
6. Kenapa wanita diciptakan untuk lelaki ?
7. Apa yang istimewanya tubuh badan wanita hingga begitu mempengaruhi nafsu lelaki ?

Itulah kelainan wanita. Hampir keseluruhan tubuh badan wanita mampu merangsang nafsu seks lelaki. Betis dan peha mereka menggoda, punggung serta kemaluan mereka menggoda, pusat dan dada mereka menggoda, wajah cantik mereka memukau jiwa. Ketahuilah bahawa perkara pertama yang lelaki mahukan pada diri wanita adalah seks.

Maka pada akhir zaman ini, timbullah isu BERTUDUNG TETAPI TELANJANG. Mereka mengaku kononnya sudah berpakaian menutup aurat, tetapi pakaian mereka masih menampakkan bayangan dan bentuk bahagian tubuh badan mereka yang wajib dilindungi
..............................................................................................................................

Contoh-Contoh KeBENGONGan Wanita Bertudung Di Malaysia.
(jangan ikut cara pakaian mereka..)


TUDUNG TETAPI KAIN BELAH


Kononnya memakai kain, tetapi lelaki boleh melihat betis mereka yang putih melepak apabila mereka berjalan berlenggang-lenggok. Apa gunanya bertudung ?

Nasihat: Sebab itulah Islam suruh wanita pakai kain lapang yang labuh menutup keseluruhan kaki mereka.



TUDUNG TETAPI BAJU SENDAT

 

T-shirt yang dipakai mereka sangat sendat hingga mengikut bentuk pinggang dan dada mereka. Bentuk payudara mereka pun boleh nampak jelas. Apa gunanya bertudung ?

Nasihat: Sebab itulah Islam suruh wanita pakai baju yang lapang dan longgar supaya bentuk pinggang dan payudara mereka tidak kelihatan jelas.




TUDUNG TETAPI BAJU KURUNG/ KEBAYA JARANG

 

Pakai baju kurung yang jarang di luar, kemudian pakai anak baju@singlet yang seksi di dalam. Lengan dan bahagian atas dada mereka boleh nampak. Di majlis kenduri kahwin dan hari raya, ramai wanita Islam pakai sebegini. Apa gunanya bertudung ?

Nasihat: Sebab itulah Islam suruh wanita memakai pakaian yang diperbuat daripada fabrik yang lebih tebal supaya tidak tembus dalam.



TUDUNG + BAJU KURUNG / KEBAYA KETAT

  

Mereka tempah dan pakai baju kurung atau kebaya sealak-alak badan, betul-betul just nice mengikut saiz bentuk badan mereka. Tidak longgar sedikit pun. Bila berjalan dan duduk boleh nampak bentuk betis, peha, punggung, dada, coli dan seluar dalam mereka akibat terlalu sendat. Fenomena ini banyak dilihat di majlis-majlis kenduri kahwin dan hari raya kita. Apa gunanya bertudung ?

Nasihat: Sebab itulah Islam suruh wanita memakai baju, kain dan seluar yang lapang dan longgar supaya lebih mudah bergerak, di samping memelihara maruah.



TUDUNG TETAPI BAJU SENDAT + SINGKAT

 

Sudahlah pakai T-shirt yang sendat, singkat dan pendek pula tu. Hanya di atas paras punggung mereka. Bila berjalan dan berdiri boleh nampak bentuk bulat punggung mereka. Apa gunanya bertudung ?

Nasihat: Sebab itulah Islam suruh wanita melabuhkan baju mereka sehingga bawah paras punggung supaya dapat melindungi bentuk punggung mereka dari dilihat jelas oleh lelaki.


TUDUNG TETAPI PAKAI LEGGING


Ini adalah kontras paling BENGONG zaman kini. Tudung pakai, kononnya mahu menutup aurat. Kadangkala baju pun sudah tutup aurat. Satu masalah besarnya ialah mereka pakai LEGGING pula di bawah. Bila sudah pakai LEGGING, maka lelaki akan nampak jelas bentuk betis dan peha mereka kerana LEGGING itu sangat ketat. Kalau pakai baju singkat, boleh nampak alur seluar dalam mereka. Kalau fabrik legging itu nipis sangat, boleh nampak warna kulit peha mereka. Aduhai....apa gunanya bertudung ?

Nasihat: Sebab itulah Islam suruh wanita pakai kain atau seluar yang lapang dan longgar untuk melindungi bentuk betis, peha dan punggung mereka apabila di luar.



TIDAK SALAH BERFESYEN, TETAPI JAUHKAN DIRI DARI PAKAIAN YANG JARANG,SENDAT, SINGKAT DAN KETAT.

APAKAH PAKAIAN YANG MEMBEZAKAN SEORANG WANITA YANG DIPANDANG DENGAN RASA HORMAT DAN SEORANG WANITA YANG DIPANDANG DENGAN PENUH NAFSU SERAKAH ? MANA SATU PILIHAN ANDA ?

Rabu, 15 Disember 2010

AJARAN SESAT

Ditubuhkan pada akhir tahun 1970-an, di bawah kepimpinan Jim Jones, aliran pemujaan ini hidup menyendiri terpisah dari dunia di sebuah hutan di Amerika Selatan. Berikutan adanya sejumlah aduan, pada tahun 1978, ahli kongres Amerika, Leo Ryan, melawat kawasan Jonestown dalam misi pencari fakta. Ketika Ryan meninggalkan Jonestown, lapan belas ahli aliran pemujaan yang ingin meninggalkan aliran pemujaan itu cuba ikut menyertainya, yang sekaligus menyebabkan rusuhan. Members aliran pemujaan melepaskan tembakan kepada mereka yang cuba meninggalkan aliran pemujaan itu.

Members kongres Ryan, tiga orang wartawan, dan seorang ahli aliran pemujaan yang cuba lari, terbunuh. Sebelas orang tercedera. Beberapa jam selepas kejadian, pemimpin aliran pemujaan memerintahkan ahli-ahlinya untuk melakukan bunuh diri dengan meminum potasium sianida. Anak-anak meninggal lebih dulu, bayi dibunuh dengan racun yang dimasukkan ke mulut dengan sedutan. Setelah itu, lebih daripada 900 orang, termasuk kanak-kanak, meracuni diri mereka sendiri.




















SUMBER: Aliran Sesat Yang Menyebabkan Bunuh Diri Massal Pengikutnya ~ kumpulan aneka artikel 'n tips menarik

KUMPULAN MAFIA TERBESAR DI DUNIA

Mafia merujuk pada kumpulan-kumpulan rahsia yang terlibat dalam jenayah terancang tersebar di banyak negara. Mereka biasanya disebut dengan nama negara mereka berasal dan sebahagian besar ahli dari bangsa tersebut. Mereka biasanya bercita-cita untuk memiliki monopoli atas kegiatan haram seperti dadah, perdagangan senjata api, dll Ini adalah artikel tentang kumpulan mafia dan aktiviti mereka mengikut paling rendah hingga paling bahaya.



10. Jamaican-British Yardies




 


Jamaican-British Yardies adalah orang Jamaica yang berimigrasi ke United pada tahun 1950-an. Mereka terlibat dalam keganasan kumpulan dan dikenali sebagai Yardies. Mereka melakukan kejahatan seperti perdagangan dadah dan senjata. Mereka tidak cuba menyusup dalam sistem penguatkuasaan undang-undang oleh itu mereka tidak dianggap sebagai berbahaya seperti kumpulan mafia lain. Semua kejahatan yang melibatkan penggunaan senjata api penggunaannya adalah dikawal ketat di United. 




9. The Albanian Mafia



 


Mafia Albania terdiri daripada sejumlah besar pertubuhan kejahatan yang berpusat di Albania. Mereka aktif di Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah lain dan dikatakan bahawa mafia Albania telah tersebar ke peringkat antarabangsa sejak tahun 1980-an. Di Amerika Syarikat dan Inggeris, mereka menjalankan seks dan perdagangan dadah dan dikenali juga menggunakan aksi kekerasan untuk membalas dendam. 



8. The Serbian mafia




 



Mafia Serbia beroperasi lebih dari sepuluh buah negara termasuk Jerman, Amerika Syarikat, Inggeris, Perancis, dll. Mereka yang terlibat dalam kegiatan yang berbeza seperti perdagangan dadah, penyeludupan, membunuh kontrak, wang perlindungan, judi dan pencurian. Ada tiga kumpulan besar, iaitu Vozdovac, Surcin dan Zemun yang mengendalikan kumpulan-kumpulan kecil. Saat ini ada sekitar 30-40 kumpulan mafia di Serbia. 



7. Israeli Mafia





 


Mafia Israel bekerja di banyak negara dalam kegiatan seperti narkotik, perdagangan dadah dan pelacuran. Waktu telah berubah sebagai mafia Israel mereka pernah menatap dengan kagum dan dikenali untuk sokongan, tetapi sekarang mereka kejam dan tidak berfikir dua kali untuk membunuh sesiapa. 
Mafia Rusia-Israel juga telah meresap ke sistem politik AS sehingga pasukan AS gagal membuat kemajuan yang signifikan dalam menghentikan mereka. 



6.Mexican Mafia





 



Mexico Mafia adalah geng penjara yang sangat kuat di Amerika Syarikat. Ini bermula pada akhir 1950-an untuk melindungi tahanan terhadap banduan lain dan dari para petugas. geng ini juga telah terlibat dalam pemerasan dan perdagangan dadah. Mereka memiliki sekitar 30.000 anggota di seluruh Amerika Syarikat. Para ahli geng kadang-kadang mempunyai tatu dengan corak umum yang merupakan simbol kebangsaan Mexico di mana atas lingkaran menyala dan menyeberangi pisau. Dikatakan bahawa ada ahli penjara seramai 150 orang yang mempunyai kuasa untuk perintah pembunuhan dan 2000 persatuan yang akan menjalankan perintah ini. Mereka memaksa gerombolan dan peniaga untuk membayar cukai perlindungan dan mereka yang menolak akan dibunuh. 



5. Japanese Yakuza




 


Japanese Yakuza adalah kumpulan kejahatan terancang sebenar yang menggunakan ancaman dan pemerasan untuk mendapatkan jalan mereka. Permulaannya dijumpai pada abad ke-17. Sambungan hilang dari jari kelingking adalah menceritakan kisah tanda ahli geng dan Hal ini sering ditawarkan kepada pemimpin sebagai tindakan penenangan atau permintaan maaf. Beberapa ahli juga punya tato seluruh tubuh. Memiliki 110.000 anggota aktif dalam kumpulan ini yang berasal dari 2500 keluarga. Mereka terlibat dalam wang perlindungan, mengimport pornografi dari Eropah dan Amerika, pelacuran dan imigrasi haram. 




4.Chinese Triads 




 



Kongsi gelap China terdiri daripada banyak organisasi kejahatan yang berpusat di China, Malaysia, Hong Kong, Taiwan, Singapura, dll. Mereka juga sangat aktif di New York, Los Angeles, Seattle, Vancouver juga San Francisco. kejahatan terancang mereka melibatkan pencurian, pembunuhan kontrak, perdagangan dadah, pemerasan, rumah pelacuran, dll sekarang terlibat dalam rampasan kuasa juga. 
Mereka bermula pada abad ke-18 tetapi disebut Tian Di HuiWalaupun terus meningkat dalam kekuasaan, kegiatan merupakan kunci rendah.Kongsi gelap boleh mempunyai 50 hingga lebih dari 30.000 anggota. 
Mereka juga terlibat dalam pemalsuan mata wang China. 



3.Colombian Drug Cartels




 



Colombian Drug Cartels dibentuk terutama untuk mengendalikan dan perdagangan ubat-ubatan.

Mereka beroperasi di banyak negara. Mereka memiliki banyak organisasi yang berkaitan dengan politik, aspek ketenteraan dan undang-undang Kartel dadah. Kartel penting dari Columbia adalah Kartel Cali, Medellin Cartel dan Kartel Valle del Norte.Pada satu ketika Kartel ini terancam oleh perjanjian ekstradisi antara AS dan Columbia. Raja dadah telah bersembunyi dan memerintahkan anggotanya untuk membunuh demokrasi. Mereka juga telah terlibat dalam banyak penculikan dan keganasan 



2. Sicilian and American Cosa Nostra




 



Sicilian and American Cosa Nostra adalah kumpulan yang relatif adalah kumpulan baru Bermula pada separuh kedua abad kesembilan belas di Itali. Walaupun dianggap mafia baru, ia memiliki kemampuan besar untuk merancang jenayah besar dan terlepas begitu saja. Mereka terlibat dalam perlindungan kegiatan haram, dadah dan perdagangan senjata, pengantaraan perniagaan jenayah adalah beberapa perkara yang Sicily dan Amerika Cosa Nostra yang terlibat di dalamnya. Mereka mempunyai sejumlah kecil ahli sekitar 3,500-4,000. Selain ahli mereka juga mempunyai persatuan yang bukan ahli sebenar. Seorang ahli perlu menjalani upacara inisiasi di mana ia mungkin perlu membunuh seseorang untuk membuktikan diri-Nya. Setiap ahli perlu mengikut silent code. 



1. Russian Mafia 


 
 



Russian Mafia berasal dari Kesatuan Soviet dan sekarang mempunyai pengaruh di seluruh dunia. Hal ini antara 100,000 hingga 500,000 ahli. Mereka yang terlibat dalam jenayah terancang di negara-negara seperti Israel, Hungary, Sepanyol, Kanada, Inggeris, Amerika Syarikat, Russia, dll Mereka juga berimigrasi ke Israel, Amerika dan Jerman dengan menggunakan identiti Yahudi dan Jerman.

Kegiatan mereka termasuk ubat-ubatan dan perdagangan senjata api, pengeboman, penyeludupan, pornografi, penipuan internet, dll Salah satu peraturan mereka adalah pernah bekerja sama dengan pihak berkuasa. Jika salah satu ahli membuka rahsia ketika ditangkap, mereka akan dibunuh. 
Mereka juga terlibat dalam aktiviti vandalisme, keganasan, perdagangan organ dan pembunuhan kontrak.

SHEIKH MUHAMMAD ALI AL-SABUNI : 3 SEBAB NEGARA SYIRIA LEBIH DIUTAMAKAN DARI PALESTINE UNTUK JIHAD

ISU SEBENAR YANG BERLAKU DI SYRIA  Isu sebenar yg berlaku di Syiria.. kedatangan Ulama' Sunnah Syiria, Sheikh Muhammad Ali al-Sabuni di...