Sunday, December 2, 2012

Palestin Kini Berstatus Negara Di PBB - 138 Sokong , 9 Bantah , 41 Tidak Mengundi


Dengan 138 negara menyokong dan hanya 9 negara membantah, Palestin kini maju setapak lagi untuk menjadi negara berdaulat setelah ia diluluskan menjadi 'negara pemerhati' di dalam PBB. 41 buah negara lagi enggan mengundi.


9 negara keras kepala yang menentang ialah Amerika Syarikat, Canada, Israel, Palau, Marshall Island, Nauru, Micronesia, Republik Czech dan Panama.

41 negara yang enggan mengundi pula ialah Albania, Andorra, Australia, Barbados, Belanda, Bosnia Herzegovina, Bulgaria, Cameroon, Colombia, Croatia, Congo, Estonia, Fiji, Germany, Guatemala, Haiti, Hungary, Latvia, Lithuania, Malawi, Monaco, Mongolia, Montenegro, Papua New Guinea, Paraguay, Korea Selatan, Moldova, Romania, Rwanda, Samoa, San marino, Singapura, Slovakia, Slovenia, Macedonia, Togo, Tonga, United Kingdom dan Vanuatu.

Satu-satunya negara yang tidak mahu mengundi di Asia Tenggara ialah SINGAPURA dan amat menarik sekali, sebuah negara yang pernah berkrisis dengan umat Islam satu masa lalu turut menyokong kehadiran Palestin ke dalam PBB iaitu SERBIA.

Namun perlu diingat, Palestin yang diperkatakan ini hanya tertumpu kepada Tebing Barat kerana Amerika Syarikat sedang berusaha mencantumkan Gaza ke dalam Mesir
Optimal Hosting